Friday 18 April 2014

ALLAH MENCIPTA KAMU DAN APA YANG KAMU BUAT

ALLAH MENCIPTA KAMU DAN APA YANG KAMU BUAT

37.Surah Aş-Şāffāt (Verse 96)
وَاللَّهُ خَلَقَكُمْ وَمَا تَعْمَلُونَ

"Padahal Allah yang mencipta kamu dan benda-benda yang kamu buat itu!"

RENUNGAN BERSAMA:- 

SETELAH ALLAH MENCIPTAKAN KAMU, DARI TIADA KEPADA ADA, SETELAH ITU ADAKAH KAMU HENDAK MENYENGUTUKAN ALLAH DENGAN KAMU YANG TELAH DIADAKAN.

SETELAH KAMU DIADAKAN, PATUTKAH KAMU LUPA KEPADA ASAL KAMU DARI TIDAK ADA? MALAH KAMU INGIN MENYENGUTUKAN ALLAH DENGAN DIRI KAMU YANG DIADAKAN (TIADA), 

KAMU DIADAKAN SEBAGAI TANDA 

51.Surah Adh-Dhāriyāt (Verse 20)
وَفِي الْأَرْضِ آيَاتٌ لِّلْمُوقِنِينَ

Dan pada bumi ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan dan kekuasaan Allah) bagi orang-orang (yang mahu mencapai pengetahuan) yang yakin,

51.Surah Adh-Dhāriyāt (Verse 21)
وَفِي أَنفُسِكُمْۚ أَفَلَا تُبْصِرُونَ

Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu)?

BUKAN ALLAH ADAKAN KITA DAN SELAIN DARI ALLAH UNTUK DISEKUTUKAN DENGANNYA...

MAKSUDNYA SETELAH DIADAKAN DARI TIADA, SELAIN DARI ALLAH TETAP JUGA BERSIFAT DENGAN SIFAT ASAL IAITU TIADA, HANYA ALLAH SAHAJA YANG BERSIFAT DENGAN SIFAT ADA.. TIDAK ALAN MENGALAMI PERUBAHAN DARI SIFAT ASAL (ALLAH YANG ADA, SELAIN DARI ALLAH BERSIFAT DENGAN SIFAT TIADA) 

KEADAAN INI KEKAL SELAMA-LAMANYA TIDAK PERNAH MENGALAMI PERUBAHAN..

ADA SELAIN DARI ALLAH ADALAH SEBAGAI TANDA DAN AYAT YANG SEDANG MENERANGKAN TENTANG ADANYA ALLAH,  BUKAN SEDANG MENUNJUKKAN ADANYA SELAIN DARI ALLAH.

SIFAT ASAL YANG DIADAKAN TETAP TIDAK BERUBAH (TETAP DENGAN SIFAT TIADA), TIDAK BOLEH DISEKUTUKAN / DISAMAKAN DENGAN SIFAT ALLAH IAITU SIFAT ADA...

JANGAN DISEKUTUKAN SIFAT YANG DIADAKAN DENGAN SIFAT ADA...

JANGAN DISEKUTUKAN (JANGAN MERASAKAN, JANGAN MENGANGGAP, JANGAN BERKATA, JANGAN BERIKTIQOD YANG DIADAKAN ITU ADA)..

67.Surah Al-Mulk (Verse 23)
قُلْ هُوَ الَّذِي أَنشَأَكُمْ وَجَعَلَ لَكُمُ السَّمْعَ وَالْأَبْصَارَ وَالْأَفْئِدَةَۖ قَلِيلًا مَّا تَشْكُرُونَ

Katakanlah (wahai Muhammad): "Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk 
kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur".

ALLAH MENCIPTAKAN DARI TIADA KEPADA ADA DAN MENGADAKAN PENDENGARAN DAN PENGLIHATAN UNTUK KITA MENYEDARI SEGALA-GALANYA ADALAH HAQ ALLAH, BUKAN HAK KITA SENDIRI (BERSYUKUR), 

HANYA SEDIKIT SAHAJA YANG MASIH MENYEDARI SEGALA HAQ ALLAH ADALAH HAQ ALLAH (BERSYUKUR),

BUKAN SAHAJA TIDAK MENYEDARI SEGALA HAQ ALLAH ADALAH HAQ ALLAH MALAH ADA PULA YANG MENYENGUTUKAN ALLAH DENGAN DIRI YANG DIADAKAN OLEH ALLAH. 

SEBENARNYA YANG DIADAKAN ITU TETAP DENGAN SIFAT ASALNYA IAITU TIADA, TIDAK PERNAH SAMA DENGAN SIFAT ALLAH IAITU ADA...

JADI JANGAN KITA SEKUTUKAN / SAMAKAN SELAIN DARI ALLAH YANG DIADAKAN (TIADA), DENGAN SIFAT ALLAH (ADA)..

MAKNANYA YANG DIADAKAN ITU TETAP DENGAN SIFAT ASALNYA (TIADA) SAMPAI BILA-BILA, KEKAL SELAMA-LAMANYA, TIDAK AKAN MENGALAMI PERUBAHAN..

DAN SIFAT ADA ALLAH JUGA KEKAL SELAMA-LAMANYA, TIDAK PERNAH ADA SEKUTU SAMPAI BILA-BILA..

JADI ADA YANG DIADAKAN ITU ADALAH AYAT-AYAT ATAU TANDA YANG SEDANG MENERANGKAN ADA ALLAH, BUKAN ADA DIRI YANG DIADAKAN ITU. 

6.Surah Al-'An`ām (Verse 79)
إِنِّي وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِي فَطَرَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ حَنِيفًاۖ وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ

"Sesungguhnya aku hadapkan muka dan diriku kepada Allah yang menciptakan langit dan bumi, sedang aku tetap di atas dasar tauhid dan bukanlah aku dari orang-orang yang menyekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain)".

18.Surah Al-Kahf (Verse 37)
قَالَ لَهُ صَاحِبُهُ وَهُوَ يُحَاوِرُهُ أَكَفَرْتَ بِالَّذِي خَلَقَكَ مِن تُرَابٍ ثُمَّ مِن نُّطْفَةٍ ثُمَّ سَوَّاكَ رَجُلًا

berkatalah rakannya kepadanya, semasa ia berbincang dengannya: "Patutkah engkau kufur ingkar kepada Allah yang menciptakan engkau dari tanah, kemudian 
dari air benih, kemudian Ia membentukmu dengan sempurna sebagai seorang lelaki?

18.Surah Al-Kahf (Verse 38)
لَّٰكِنَّا هُوَ اللَّهُ رَبِّي وَلَا أُشْرِكُ بِرَبِّي أَحَدًا

Tetapi aku sendiri percaya dan yakin dengan sepenuhnya bahawa Dia lah Allah, Tuhanku, dan aku tidak sekutukan sesuatu pun dengan Tuhanku.

18.Surah Al-Kahf (Verse 39)
وَلَوْلَا إِذْ دَخَلْتَ جَنَّتَكَ قُلْتَ مَا شَاءَ اللَّهُ لَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِۚ إِن تَرَنِ أَنَا أَقَلَّ مِنكَ مَالًا وَوَلَدًا

Dan sepatutnya semasa engkau masuk ke kebunmu, berkata: (Semuanya ialah barang yang dikehendaki Allah)! (tiada daya dan upaya melainkan dengan 
pertolongan Allah)? Kalau engkau memandangku sangat kurang tentang harta dan anak, berbanding denganmu,

SESAT DENGAN KESESATAN YANG AMAT JAUH

SESAT DENGAN KESESATAN YANG AMAT JAUH

4.Surah An-Nisā' (Verse 116)
إِنَّ اللَّهَ لَا يَغْفِرُ أَن يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَٰلِكَ لِمَن يَشَاءُۚ وَمَن يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدْ ضَلَّ ضَلَالًا بَعِيدًا

Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang mempersekutukanNya dengan sesuatu (apa jua), dan akan mengampunkan yang lain daripada kesalahan (syirik) itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan hukum hukumNya); dan sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu (apa jua), maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh.

JIKA SYIRIK TELAH MELETAKKAN SESEORANG DIDALAM KEADAAN SESAT DENGAN KESESATAN YANG AMAT JAUH.

BAYANGKAN ORANG YANG SOLAT DALAM KEADAAN SYIRIK...

4.Surah An-Nisā' (Verse 48)
إِنَّ اللَّهَ لَا يَغْفِرُ أَن يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَٰلِكَ لِمَن يَشَاءُۚ وَمَن يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدِ افْتَرَىٰ إِثْمًا عَظِيمًا

Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan 
sesuatu apajua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar.

ALLAH TIDAK MENGAMPUNKAN DOSA SYIRIK TETAPI MENGAMPUNKAN DOSA SELAIN DARI SYIRIK..

6.Surah Al-'An`ām (Verse 19)
قُلْ أَيُّ شَيْءٍ أَكْبَرُ شَهَادَةًۖ قُلِ اللَّهُۖ شَهِيدٌ بَيْنِي وَبَيْنَكُمْۚ وَأُوحِيَ إِلَيَّ هَٰذَا الْقُرْآنُ لِأُنذِرَكُم بِهِ وَمَن بَلَغَۚ أَئِنَّكُمْ لَتَشْهَدُونَ أَنَّ مَعَ اللَّهِ آلِهَةً أُخْرَىٰۚ قُل لَّا أَشْهَدُۚ قُلْ إِنَّمَا هُوَ إِلَٰهٌ وَاحِدٌ وَإِنَّنِي بَرِيءٌ مِّمَّا تُشْرِكُونَ

Bertanyalah (wahai Muhammad): "Apakah sesuatu yang lebih besar persaksiannya?" (Bagi menjawabnya) katakanlah: "Allah menjadi Saksi antaraku dengan kamu, dan diwahyukan kepadaku Al-Quran ini, supaya aku memberi amaran dengannya kepada kamu dan juga (kepada) sesiapa yang telah sampai kepadanya seruan Al-Quran itu. Adakah kamu sungguh-sungguh mengakui bahawa ada beberapa tuhan yang lain bersama-sama Allah?" Katakanlah: 

"Aku tidak mengakuinya". 

Katakanlah lagi: "Hanyasanya Dia lah sahaja Tuhan Yang Maha Esa, dan sesungguhnya aku adalah berlepas diri apa yang kamu sekutukan (dengan Allah Azza Wa Jalla)".

6.Surah Al-'An`ām (Verse 20)
الَّذِينَ آتَيْنَاهُمُ الْكِتَابَ يَعْرِفُونَهُ كَمَا يَعْرِفُونَ أَبْنَاءَهُمُۘ الَّذِينَ خَسِرُوا أَنفُسَهُمْ فَهُمْ لَا يُؤْمِنُونَ

Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah Kami berikan kitab kepada mereka, mereka mengenalinya (Nabi Muhammad), sebagaimana mereka mengenali anak-anak mereka sendiri. Orang-orang yang merugikan diri sendiri (dengan mensia-siakan pengurniaan Allah), maka mereka (dengan sebab yang tersebut) tidak beriman.

6.Surah Al-'An`ām (Verse 21)
وَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّنِ افْتَرَىٰ عَلَى اللَّهِ كَذِبًا أَوْ كَذَّبَ بِآيَاتِهِۗ إِنَّهُ لَا يُفْلِحُ الظَّالِمُونَ

Dan siapakah lagi yang lebih aniaya dari orang yang mengada-adakan 
perkara-perkara yang dusta terhadap Allah, atau yang mendustakan ayat-ayat keteranganNya? Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu tidak akan berjaya.

ORANG ZALIM MENURUT AL-Quran

30.Surah Ar-Rūm (Verse 29)
بَلِ اتَّبَعَ الَّذِينَ ظَلَمُوا أَهْوَاءَهُم بِغَيْرِ عِلْمٍۖ فَمَن يَهْدِي مَنْ أَضَلَّ اللَّهُۖ وَمَا لَهُم مِّن نَّاصِرِينَ

Orang-orang yang zalim itu (tidak berfikir), bahkan menurut hawa nafsu mereka (melakukan syirik) dengan tidak berdasarkan pengetahuan. Maka tiada  sesiapa yang dapat memberi petunjuk kepada orang yang telah disesatkan oleh Allah (disebabkan bawaannya sendiri), dan tiada pula bagi mereka sesiapa yang dapat menolong melepaskan mereka dari azab.

6.Surah Al-'An`ām (Verse 22)
وَيَوْمَ نَحْشُرُهُمْ جَمِيعًا ثُمَّ نَقُولُ لِلَّذِينَ أَشْرَكُوا أَيْنَ شُرَكَاؤُكُمُ الَّذِينَ كُنتُمْ تَزْعُمُونَ

Dan (ingatlah), hari (kiamat yang padanya) Kami himpunkan mereka semua, kemudian Kami berfirman kepada orang-orang musyrik: "Manakah orang-orang dan benda-benda yang dahulu kamu sifatkan (menjadi sekutu Allah):?"

6.Surah Al-'An`ām (Verse 23)
ثُمَّ لَمْ تَكُن فِتْنَتُهُمْ إِلَّا أَن قَالُوا وَاللَّهِ رَبِّنَا مَا كُنَّا مُشْرِكِينَ

Kemudian tidaklah ada akidah kufur mereka selain dari mereka menjawab dengan dusta: "Demi Allah Tuhan kami, kami tidak pernah menjadi orang-orang yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain)".

6.Surah Al-'An`ām (Verse 24)
انظُرْ كَيْفَ كَذَبُوا عَلَىٰ أَنفُسِهِمْۚ وَضَلَّ عَنْهُم مَّا كَانُوا يَفْتَرُونَ

Lihatlah bagaimana mereka berdusta terhadap diri mereka sendiri, dan bagaimana hilang lenyapnya dari mereka apa yang telah mereka ada-adakan (sebagai sekutu Allah) itu.

6.Surah Al-'An`ām (Verse 25)
وَمِنْهُم مَّن يَسْتَمِعُ إِلَيْكَۖ وَجَعَلْنَا عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ أَكِنَّةً أَن يَفْقَهُوهُ وَفِي آذَانِهِمْ وَقْرًاۚ وَإِن يَرَوْا كُلَّ آيَةٍ لَّا يُؤْمِنُوا بِهَاۚ حَتَّىٰ إِذَا جَاءُوكَ يُجَادِلُونَكَ يَقُولُ الَّذِينَ كَفَرُوا إِنْ هَٰذَا إِلَّا أَسَاطِيرُ الْأَوَّلِينَ

Dan di antara mereka ada yang mendengarkanmu (membaca Al-Quran), pada hal Kami telah jadikan tutupan berlapis-lapis atas hati mereka, yang menghalang mereka daripada memahaminya, dan Kami jadikan pada telinga mereka penyumbat (yang menjadikan mereka pekak); dan kalaupun mereka melihat tiap-tiap keterangan (dan mukjizat yang membuktikan kebenaran Rasul), mereka tidak juga akan beriman kepada keterangan itu; sehingga apabila mereka datang kepadamu, sambil membantahmu, berkatalah orang-orang yang kafir itu: "Ini tidak lain hanyalah cerita-cerita dongeng orang-orang dahulu".

6.Surah Al-'An`ām (Verse 26)
وَهُمْ يَنْهَوْنَ عَنْهُ وَيَنْأَوْنَ عَنْهُۖ وَإِن يُهْلِكُونَ إِلَّا أَنفُسَهُمْ وَمَا يَشْعُرُونَ

Dan mereka pula melarang orang ramai dari mendengar Al-Quran dan mereka juga menjauhkan diri daripadanya, padahal mereka (dengan perbuatan yang demikian) hanyalah membinasakan diri sendiri (dengan bala bencana dan azab yang disediakan untuk mereka di dunia dan di akhirat kelak), sedang mereka tidak menyedarinya.

MAKHLOK DICIPTAKAN SEBAGAI UJIAN BUKAN UNTUK DISEKUTUKAN DENGAN ALLAH

MAKHLOK DICIPTAKAN SEBAGAI UJIAN BUKAN UNTUK DISEKUTUKAN DENGAN ALLAH

76:1. Bukankah telah datang atas manusia satu waktu dari masa, sedang dia ketika itu belum merupakan sesuatu yang dapat disebut?

76:2. Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari setetes mani yang bercampur yang Kami hendak mengujinya (samada akan tetap diatas tauhid, atau jadikan ciptaannya itu sebagai sekutu dengan Allah (syirik), karena itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat.

76:3. Sesungguhnya Kami telah menunjukinya jalan yang lurus; (tauhid) ada yang bersyukur ;bertauhid dan ada pula yang kafir (engkar dengan melakukan syirik - sekutukan ciptaan yang diadakan dengan Ada Allah)

76:4. Sesungguhnya Kami menyediakan bagi orang-orang kafir rantai, belenggu dan neraka yang menyala-nyala.

76:5. Sesungguhnya orang-orang yang berbuat kebajikan minum dari gelas (berisi minuman) yang campurannya adalah air kafur.

76:6. (yaitu) mata air (dalam surga) yang daripadanya hamba-hamba Allah minum, yang mereka dapat mengalirkannya dengan sebaik-baiknya.

76:7. Mereka menunaikan nazar dan takut akan suatu hari yang azabnya merata di mana-mana.

76:8. Dan mereka memberikan makanan yang disukainya kepada orang miskin, anak yatim dan orang yang ditawan.

76:9. Sesungguhnya Kami memberi makanan kepadamu hanyalah untuk mengharapkan keridaan Allah, kami tidak menghendaki balasan dari kamu dan tidak pula (ucapan) terima kasih.

76:10. Sesungguhnya Kami takut akan (azab) Tuhan kami pada suatu hari yang (di hari itu) orang-orang bermuka masam penuh kesulitan.

76:11. Maka Tuhan memelihara mereka dari kesusahan hari itu, dan memberikan kepada mereka kejernihan (wajah) dan kegembiraan hati.

76:12. Dan Dia memberi balasan kepada mereka karena kesabaran mereka (dengan) surga dan (pakaian) sutera,

76:13. di dalamnya mereka duduk bertelekan di atas dipan, mereka tidak merasakan di dalamnya (teriknya) matahari dan tidak pula dingin yang bersangatan.

76:14. Dan naungan (pohon-pohon surga itu) dekat di atas mereka dan buahnya dimudahkan memetiknya semudah-mudahnya.

76:15. Dan diedarkan kepada mereka bejana-bejana dari perak dan piala-piala yang bening laksana kaca,

76:16. (yaitu) kaca-kaca (yang terbuat) dari perak yang telah diukur mereka dengan sebaik-baiknya.

76:17. Di dalam surga itu mereka diberi minum segelas (minuman) yang campurannya adalah jahe.

76:18. (Yang didatangkan dari) sebuah mata air surga yang dinamakan salsabil.

76:19. Dan mereka dikelilingi oleh pelayan-pelayan muda yang tetap muda. Apabila kamu melihat mereka kamu akan mengira mereka, mutiara yang bertaburan.

76:20. Dan apabila kamu melihat di sana (surga), niscaya kamu akan melihat berbagai macam kenikmatan dan kerajaan yang besar.

76:21. Mereka memakai pakaian sutera halus yang hijau dan sutera tebal dan dipakaikan kepada mereka gelang terbuat dari perak, dan Tuhan memberikan kepada mereka minuman yang bersih.

76:22. Sesungguhnya ini adalah balasan untukmu, dan usahamu adalah disyukuri (diberi balasan).

76:23. Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al Qur'an kepadamu (hai Muhammad) dengan berangsur-angsur.

76:24. Maka bersabarlah kamu untuk (melaksanakan) ketetapan Tuhanmu, dan janganlah kamu ikuti orang yang berdosa dan orang yang kafir di antara mereka.

76:25. Dan sebutlah nama Tuhanmu pada (waktu) pagi dan petang.

76:26. Dan pada sebagian dari malam, maka sujudlah kepada-Nya dan bertasbihlah kepada-Nya pada bagian yang panjang di malam hari.

76:27. Sesungguhnya mereka (orang kafir) menyukai kehidupan dunia dan mereka tidak memperdulikan kesudahan mereka, pada hari yang berat (hari akhirat).

76:28. Kami telah menciptakan mereka dan menguatkan persendian tubuh mereka, apabila Kami menghendaki, Kami sungguh-sungguh mengganti (mereka) dengan orang-orang yang serupa dengan mereka.

76:29. Sesungguhnya (ayat-ayat) ini adalah suatu peringatan, maka barang siapa menghendaki (kebaikan bagi dirinya) niscaya dia mengambil jalan kepada Tuhannya.

76:30. Dan kamu tidak mampu (menempuh jalan itu), kecuali bila dikehendaki Allah. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

76:31. Dia memasukkan siapa yang dikehendaki-Nya ke dalam rahmat-Nya (surga). Dan bagi orang-orang zalim (mensyirikkan Allah) disediakan-Nya azab yang pedih.

Didalam surah Al-Insan ini Allah telah menerangkan diciptakan kita untuk diuji samada kita akan tetap berada diatas ugama tauhid (mengekalkan keEsaan Allah seperti semulajadi iaitu Allah sahaja yang ada, selain dari Allah tetap dengan sifat tidak ada seperti asalnya)...

Keadaan Allah dan makhlok tidak pernah mengalami perubahan selama-lamanya (ALLAH ADA MAKHLOK TIDAK ADA) 

ADA MAKHLOK BUKAN SEKUTU KEPADA ADA ALLAH KERANA MAKHLOK DICIPTAKAN DARI TIADA KEPADA ADA UNTUK MENYATAKAN SIFAT ADA ALLAH BUKAN UNTUK DISEKUTUKAN DENGAN SIFAT ADA ALLAH

Diciptakan makhlok bukan untuk disekutukan ada makhlok dengan ada Allah tetapi untuk dijadikan sebagai ayat dan tanda yang menunjukkan ada Allah...

Jangan dijadikan makhlok yang diadakan setelah penciptaan sebagai sekutu bagi Allah maksudnya jangan berpegang dan beriktiqod setelah diciptakan makhlok itu bertukar dari sifat tiada kepada ada....
 
INGATLAH MERASAKAN DAN BERIKTIQOD MAKHLOK ITU ADA SETELAH DIADAKAN DARI TIADA, ADALAH PERBUATAN YANG SEDANG SEKUTUKAN ADA MAKHLOK DENGAN ADA ALLAH... 

ADALAH IKTIQOD DAN PEGANGAN YANG SEDANG MENYENGUTUKAN ADA ALLAH DENGAN ADA MAKHLOK YANG DICIPTAKAN DARI TIADA KEPADA ADA

ALLAH HENDAK MENGUJI SETELAH MAKHLOK DICIPTAKAN, SAMADA ADA MAKHLOK ITU AKAN TETAP DIATAS JALAN YANG LURUS (TAUHID- IAITU TIDAK SEKUTUKAN ADA MAKHLOK DENGAN ADA ALLAH DENGAN BERPEGANG ADA MAKHLOK ITU ADALAH KENYATAAN ADA ALLAH, ADA MAKHLOK ADALAH PENTAJALIAN YANG SEDANG MENERANGKAN ADA ALLAH, BUKAN ADA MAKHLOK ITU SENDIRI, MAKNANYA WALAUPUN MAKLOK ITU DICIPTAKAN DARI TIADA KEPADA ADA, MAKHLOK TETAP JUGA BERSIFAT DENGAN SIFAT TIADA) 

TIDAK PERNAH MENGALAMI PERUBAHAN DARI TIADA KEPADA ADA, TETAP HANYA ALLAH YANG ADA DAN ADA MAKHLOK ITU BUKAN SEKUTU ADA ALLAH KERANA ADA MAKHLOK YANG DIADAKAN ADALAH UNTUK MENYATAKAN ADA ALLAH... BUKAN MAKHLOK DIADAKAN UNTUK DISEKUTUKAN DENGAN ADA ALLAH

ATAU PENCIPTAAN MAKHLOK ITU AKAN DIJADIKAN SEKUTU KEPADA ADA ALLAH DENGAN BERIKTIQOD DAN BERPEGANG SETELAH MAKHLOK DICIPTAKAN DARI TIADA KEPADA ADA, MAKHLOK ITU MENJADI ADA (BUKAN ADA MAKHLOK ITU SEDANG MENERANGKAN, BUKAN MEMANDANG MAKHLOK ITU SEBAGAI AYAT ATAU TANDA YANG SEDANG MENERANGKAN KENYATAAN KEESAAN DAN KEKUASAAN ALLAH. TETAPI ADA MAKHLOK ADALAH SEBAGAI ADA MAKHLOK SENDIRI...

Dengan ujian ini ada yang tetap diatas jalan yang lurus (tetap bertauhid kepada Allah) ada juga yang menzalimi diri mereka sendiri dengan menyengutukan ada Allah dengan ciptaan nya... (ada makhlok)

Maka bersabarlah kamu dengan ujian ini supaya tetap berada pada jalan yang lurus (tauhid), Jangan kita mengikut orang-orang zalim iaitu merekam-mereka yang beriktiqod makhlok bersifat dengan sifat ada setelah diciptakan. (Menyengutukan ada makhlok yang diciptakan untuk menyatakan ada Allah dengan ada Allah)

UNTUK TETAP KEKAL DIATAS DASAR TAUHID SELALU

sebutlah nama Tuhanmu (ALLAH)  pada (waktu) pagi dan petang. Dengan menumpukan rasa perasaan dengan sebulat-bulat tumpuan kepada ada Allah

Dan pada sebagian dari malam, maka sujudlah kepada-Nya dan bertasbihlah kepada-Nya pada bagian yang panjang di malam hari.

KEINGKARAN IBLIS...

KEINGKARAN IBLIS...

7.Surah Al-'A`rāf (Verse 11)
وَلَقَدْ خَلَقْنَاكُمْ ثُمَّ صَوَّرْنَاكُمْ ثُمَّ قُلْنَا لِلْمَلَائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ لَمْ يَكُن مِّنَ السَّاجِدِينَ

Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu, lalu Kami membentuk rupa kamu, kemudian Kami berfirman kepada malaikat-malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam", lalu mereka sujud melainkan Iblis, ia tidaklah termasuk dalam golongan yang sujud.

7.Surah Al-'A`rāf (Verse 12)
قَالَ مَا مَنَعَكَ أَلَّا تَسْجُدَ إِذْ أَمَرْتُكَۖ قَالَ أَنَا خَيْرٌ مِّنْهُ خَلَقْتَنِي مِن نَّارٍ وَخَلَقْتَهُ مِن طِينٍ

Allah berfirman: "Apakah penghalangnya yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahmu?" Iblis menjawab: "Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah."

7.Surah Al-'A`rāf (Verse 13)
قَالَ فَاهْبِطْ مِنْهَا فَمَا يَكُونُ لَكَ أَن تَتَكَبَّرَ فِيهَا فَاخْرُجْ إِنَّكَ مِنَ الصَّاغِرِينَ

Allah berfirman: "Turunlah engkau dari Syurga ini, kerana tidak patut engkau berlaku sombong di dalamnya; oleh sebab itu keluarlah, sesungguhnya engkau dari golongan yang hina".

7.Surah Al-'A`rāf (Verse 14)
قَالَ أَنظِرْنِي إِلَىٰ يَوْمِ يُبْعَثُونَ

Iblis berkata: Berilah tempoh kepadaku hingga hari mereka dibangkitkan (hari kiamat)".

7.Surah Al-'A`rāf (Verse 16)
قَالَ فَبِمَا أَغْوَيْتَنِي لَأَقْعُدَنَّ لَهُمْ صِرَاطَكَ الْمُسْتَقِيمَ

Iblis berkata: "Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguh nya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu yang lurus; (jalan tauhid)

15.Surah Al-Ĥijr (Verse 39)
قَالَ رَبِّ بِمَا أَغْوَيْتَنِي لَأُزَيِّنَنَّ لَهُمْ فِي الْأَرْضِ وَلَأُغْوِيَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ

Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya,

15.Surah Al-Ĥijr (Verse 40)
إِلَّا عِبَادَكَ مِنْهُمُ الْمُخْلَصِينَ

"Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik".

15.Surah Al-Ĥijr (Verse 41)
قَالَ هَٰذَا صِرَاطٌ عَلَيَّ مُسْتَقِيمٌ

Allah berfirman: "Inilah satu jalan yang lurus, yang tetap Aku memeliharanya.

15.Surah Al-Ĥijr (Verse 42)
إِنَّ عِبَادِي لَيْسَ لَكَ عَلَيْهِمْ سُلْطَانٌ إِلَّا مَنِ اتَّبَعَكَ مِنَ الْغَاوِينَ

"Sesungguhnya hamba-hambaKu, tidaklah ada bagimu sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, kecuali sesiapa yang menurutmu dari orang-orang yang sesat (dengan pilihannya sendiri).

DIDALAM FIRMANNYA DIDALAM AYAT DIATAS TELAH MENERANGKAN KEPADA KITA BAHAWA BERSIH DARI SYIRIK ADALAH SATU JALAN YANG LURUS YANG TETAP DIPELIHARA OLEH ALLAH

16.Surah An-Naĥl (Verse 74)
فَلَا تَضْرِبُوا لِلَّهِ الْأَمْثَالَۚ إِنَّ اللَّهَ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

Oleh itu, janganlah kamu mengadakan sesuatu yang sebanding dengan Allah, 
kerana sesungguhnya Allah mengetahui (setakat mana buruknya perbuatan syirik kamu) sedang kamu tidak mengetahuinya.

Cuba kita lihat kepada firman Allah yang bermaksud 

"Allah berfirman: "Apakah penghalangnya yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahmu?" Iblis menjawab: "Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah."

KERANA APAKAH SEBENARNYA IBLIS DILAKNAT OLEH ALLAH ?.

BERDASARKAN JAWAPAN DARIPADA IBLIS "AKU LEBIH BAIK DARIPADA ADAM"

TERNYATA IBLIS DILAKNAT OLEH ALLAH KERANA MEMILIKI SIFAT KEAKUAN DIRI SENDIRI YANG MENEBAL SEHINGGA MERASAKAN KEJADIAN DIRINYA MELEBIHI DARI KEJADIAN ADAM..

SIFAT KEAKUAN DIRI SENDIRI "MERASAKAN ADA DIRI SENDIRI DISAMPING ADA ALLAH" SEBENARNYA MERUPAKAN HAWA NAFSU SENDIRI YANG TELAH DIJADIKAN TUHAN SELAIN DARI ALLAH.

MERASAKAN ADA DIRI SENDIRI TERGULUNG DIDALAM FIRMAN ALLAH

25.Surah Al-Furqān (Verse 43)
أَرَأَيْتَ مَنِ اتَّخَذَ إِلَٰهَهُ هَوَاهُ أَفَأَنتَ تَكُونُ عَلَيْهِ وَكِيلًا

Nampakkah (wahai Muhammad) keburukan keadaan orang yang menjadikan hawa nafsunya: (MERASA ADA DIRINYA SENDIRI)
tuhan yang dipuja lagi ditaati? Maka dapatkah engkau menjadi pengawas yang menjaganya jangan sesat?

LAGI FIRMAN ALLAH

10.Surah Yūnus (Verse 19)
وَمَا كَانَ النَّاسُ إِلَّا أُمَّةً وَاحِدَةً فَاخْتَلَفُواۚ وَلَوْلَا كَلِمَةٌ سَبَقَتْ مِن رَّبِّكَ لَقُضِيَ بَيْنَهُمْ فِيمَا فِيهِ يَخْتَلِفُونَ

Dan (ketahuilah bahawa) manusia pada mulanya tidak memeluk melainkan ugama yang satu (ugama Allah), kemudian (dengan sebab menurut hawa nafsu dan Syaitan) mereka berselisihan. Dan kalau tidaklah kerana telah terdahulu Kalimah ketetapan dari Tuhanmu (untuk menangguhkan hukuman hingga hari kiamat), tentulah telah diputuskan hukuman di antara mereka (dengan segeranya di dunia) mengenai apa yang mereka perselisihkan itu.

RENUNGAN BERSAMA

RENUNGAN BERSAMA

Larangan Allah

Jangan sekutukan Allah dengan sesuatu

Jangan jadikan hawa nafsu sebagai tuhan

Jangan katakan aku tuhan selain dari Allah

6.Surah Al-'An`ām (Verse 19)
قُلْ أَيُّ شَيْءٍ أَكْبَرُ شَهَادَةًۖ قُلِ اللَّهُۖ شَهِيدٌ بَيْنِي وَبَيْنَكُمْۚ وَأُوحِيَ إِلَيَّ هَٰذَا الْقُرْآنُ لِأُنذِرَكُم بِهِ وَمَن بَلَغَۚ أَئِنَّكُمْ لَتَشْهَدُونَ أَنَّ مَعَ اللَّهِ آلِهَةً أُخْرَىٰۚ قُل لَّا أَشْهَدُۚ قُلْ إِنَّمَا هُوَ إِلَٰهٌ وَاحِدٌ وَإِنَّنِي بَرِيءٌ مِّمَّا تُشْرِكُونَ

Bertanyalah (wahai Muhammad): "Apakah sesuatu yang lebih besar persaksiannya?" 

(Bagi menjawabnya) katakanlah: "Allah menjadi Saksi antaraku dengan  
kamu, dan diwahyukan kepadaku Al-Quran ini, supaya aku memberi amaran dengannya kepada kamu dan juga (kepada) sesiapa yang telah sampai kepadanya seruan Al-Quran itu. Adakah kamu sungguh-sungguh mengakui bahawa ada beberapa tuhan yang lain bersama-sama Allah?" 

Katakanlah: 
"Aku tidak mengakuinya". Katakanlah lagi: "Hanyasanya Dia lah sahaja Tuhan Yang Maha Esa, dan sesungguhnya aku adalah berlepas diri apa yang kamu sekutukan (dengan Allah Azza Wa Jalla)".

ADAKAH SELAIN DARI ALLAH YANG BERSIFAT DENGAN SIFAT-SIFAT TUHAN (ALLAH)... 

HANYA ALLAH SAHAJA YANG BERSIFAT DENGAN SIFAT TUHAN..

DICIPTAKAN SEGALA MAKHLOK DARI TIADA KEPADA ADA, DAN PADA CIPTAAN MAKHLOK DINYATAKAN SEGALA SIFAT-SIFAT TUHAN UNTUK MENYATAKAN ALLAH SEBAGAI TUHAN,  

KENYATAAN SIFAT KETUHANAN KEPADA MAKHLOK ADALAH UNTUK MENJADI BUKTI DAN TANDA-TANDA KEESAAN ALLAH, UNTUK MENYATAKAN SIFAT ALLAH,  BUKAN UNTUK DISEKUTUKAN DENGAN ALLAH..

SETELAH DINYATAKAN SEGALA SIFAT KETUHANAN KEPADA MAKHLOK, SIFAT-SIFAT KETUHANAN ITU BUKANLAH SIFAT-SIFAT MAKHLOK YANG DICIPTAKAN ITU TETAPI SIFAT KETUHANAN YANG DINYATAKAN KEPADA MAKHLOK ADALAH UNTUK MENJADI BUKTI ATAU TANDA ATAU AYAT-AYAT YANG SEDANG MENERANGKAN TENTANG KEESAAN ALLAH BUKAN UNTUK DIJADIKAN SEKUTU KEPADA ALLAH

 (MAKSUDNYA SIFAT ALLAH YANG DINYATAKAN KEPADA MAKHLOK ITU TETAP SIFAT ALLAH, BUKAN BERTUKAR MENJADI SIFAT MAKHLOK,  KERANA ALLAH TIDAK BOLEH DISEKUTUKAN DENGAN SEGALA SESUATU CIPTAANNYA..

MAKNANYA SETELAH DICIPTAKAN MAKHLOK DARI TIADA KEPADA ADA, MAKHLOK TETAP BERSIFAT DENGAN SIFAT ASLINYA IAITU TIADA, MATI, BODOH, LEMAH, BENCI, BUTA, TULI, BISU DAN LAIN-LAIN..

KERANA SEGALA SIFAT KETUHANAN YANG DIZAHIRKAN KEPADA MAKHLOK ITU ADALAH SIFAT-SIFAT ALLAH YANG DINYATAKAN KEPADA MAKHLOK UNTUK MENYATAKAN SIFAT ALLAH BUKAN UNTUK DISEKUTUKAN DENGAN ALLAH (BUKAN UNTUK DIMILIKI OLEH MAKHLOK)..

JADI SIFAT ALLAH TETAP DENGAN SIFAT ALLAH WALAUPUN DINYATAKAN KEPADA MAKHLOK KERANA DINYATAKAN SEGALA SIFAT-SIFAT ALLAH KEPADA MAKHLOK SEBAGAI TANDA DAN KENYATAAN KENYATAAN SIFAT-SIFAT ALLAH...  BUKAN MENJADI SIFAT MAKHLOK ITU SENDIRI (BUKAN UNTUK MENJADI SEKUTU KEPADA ALLAH)

JIKA KITA BERPEGANG SETELAH DINYATAKAN SIFAT ALLAH KEPADA MAKHLOK, SIFAT-SIFAT ALLAH YANG DINYATAKAN KEPADA MAKHLOK ITU MENJADI SIFAT MAKHLOK SECARA TIDAK DISEDARI (TERAMAT TERSEMBUNYI) KITA TELAH SEKUTUKAN ALLAH DENGAN MAKHLOK CIPTAANNYA..

MERASAKAN ADA MAKHLOK DISAMPING ADA ALLAH SEBENARNYA SEDANG SEKUTUKAN ALLAH DENGAN MAKHLOK..

OLEH KERANA SEDANG MERASAKAN ADA MAKHLOK, SEGALA SIFAT TUHAN YANG SEDANG DIRASAKAN SEBAGAI SIFAT DIRI SENDIRI, 

DIDALAM ILMU TAUHID MENGATAKAN ALLAH TIDAK BOLEH DISEKUTUKAN DENGAN SESUATU SELAIN DARI ALLAH...

OLEH KERANA KITA SEDANG MERASAKAN SIFAT ADA ALLAH (YANG SEDANG DINYATAKAN UNTUK MEMBUKTIKAN SIFAT ADA ALLAH), SEBAGAI SIFAT ADA DIRI SENDIRI, 

SECARA AUTOMATIK AKAN TIMBUL DIDALAM AKAL FIKIRAN DAN RASA PERASAAN KITA SESIAPA YANG BERPEGANG ADA YANG TERNYATA KEPADA DIRI ADALAH ADA ALLAH YANG SEDANG DINYATAKAN SEBAGAI BUKTI KEESAAN ALLAH TELAH MENYENGUTUKAN ALLAH DENGAN DIRI SENDIRI, TELAH MENJADIKAN DIRI SENDIRI SEBAGAI TUHAN SELAIN DARI ALLAH...

SEBENARNYA SESIAPA YANG SEDANG MERASAKAN ADA DIRI SENDIRI DISAMPINH ADA ALLAH YANG SEDANG MENYENGUTUKAN ALLAH DENGAN DIRINYA KERANA SEBENARNYA ADA YANG DINYATAKAN PADA DIRI ITU ADALAH KENYATAAN ADA ALLAH YANG SEDANG MEMBUKTIKAN ADA ALLAH, BUKAN ADA DIRI SENDIRI...

ORANG YANG MENJADIKAN BUKTI ADA ALLAH SEBAGAI ADA DIRI SENDIRI SEBENARNYA SEDANG SEKUTUKAN ALLAH DENGAN DIRI SENDIRI YANG TELAH DIANGGAP ADA...

KEPADA MEREKA YANG TETAP BERPEGANG HANYA ALLAH SAHAJA YANG BERSIFAT ADA KERANA SIFAT ADA YANG TERNYATA KEPADA MAKHLOK ADALAH KENYATAAN YANG SEDANG MENYATAKAN ADA ALLAH, BUKAN ADA SELAIN DARI ALLAH...

HAL INI TERAMAT SULIT UNTUK DIFAHAMI KERANA WAJIB BERPERANG DENGAN SIFAT KEAKUAN DIRI SENDIRI (HAWA NAFSU) KERANA SEDANG MENGANGGAP ADA ALLAH ADALAH ADA DIRINYA SENDIRI, ADA ALLAH ADALAH ADA SELAIN DARI ALLAH...

SELAGI TIDAK BOLEH MELEPASKAN RASA PERASAAN YANG SEDANG MERASAKAN ADA ALLAH SEBAGAI ADA DIRI SENDIRI SELAGI ITU TETAP BERADA DIDALAM KEADAAN SYIRIK SAMPAI BILA-BILA...

Wednesday 9 April 2014

TIADA NYATA HANYA ALLAH

"LAA ILAHA ILLALLAH" - ada bukan sifat selain dari Allah, Ada adalah sifat hanya milik Allah. 

Yang ada hanya Allah, selain dari Allah, tiada.

Orang yang belajar sedar dan mengetahui tentang hal dan perkara ini... Pada ilmu kita semua sudah sampai kepada kefahaman ini. Hanya Allah sahaja yang bersifat dengan sifat ada iaitu ada itu adalah Esa, maknanya hanya sanya yang bersifat ada itu hanyalah Allah.....

Cuba sama-sama menyelami kedalam kehidupan seharian, selami kedalam rasa perasaan yang sedang merasai sifat ada yang hanya milik Allah sahaja..

Setelah masing-masing merasai sifat ada yang sedang dirasai didalam kehidupan seharian, adakah sifat ada yang sedang dirasai itu telah dirasai atau telah diakui sebagai sifat ada Allah?

ATAU SIFAT ADA ITU SEDANG DIRASAI, DIJIWAI ATAU DIAKUI SEBAGAI SIFAT ADA DIRI KITA SENDIRI.....

JIKA SIFAT ADA YANG SEDANG DIRASAI ITU TELAH DIRASAI ATAU TELAH DIAKUI SEBAGAI ADA DIRI KITA SENDIRI, BAGAIMANAKAH DENGAN ILMU YANG TELAH DIKETAHUI IAITU "LAA ILAHA ILLALLAH - TIADA SESUATU YANG ADA HANYA ALLAH, ADA ADALAH BUKAN SIFAT SELAIN DARI ALLAH, ADA ADALAH SIFAT HANYA MILIK ALLAH SAHAJA"

Pada pengetahuan telah pun tahu, telapi apabila sampai masa menjalani kehidupan seharian, sifat ada yang sedang dirasai itu sedang dirasai dan sedang diakui sebagai sifat ada diri kita sendiri bukan sedang dirasai dan diakui sebagai sifat ada Allah....

TIDAK KAH APA YANG SEDANG DIRASAI DAN DIAKUI DIDALAM KEHIDUPAN SEHARIAN BERTENTANGAN DENGAN APA YANG TELAH DIPELAJARI DAN YANG TELAH DIKETAHUI MELALUI ILMU PENGETAHUAN..

BAGAIMANA BOLEH BERLAKU KONFLIK DIANTARA APA YANG SEDANG DIRASAI DIDALAM KEHIDUPAN SEHARIAN DENGAN ILMU PENGETAHUAN YANG TELAH DIPELAJARI DAN KETAHUI SELAMA INI.

APABILA BELAJAR SEMUA ORANG MENGETAHUI BAHAWA SIFAT ADA ADALAH SATU-SATUNYA SIFAT MILIK ALLAH YANG MAHA ESA, TIDAK ADA LAGI SELAIN DARI ALLAH YANG MEMILIKI SIFAT ADA KERANA SIFAT ADA ITU ESA DAN SIFAT ADA HANYA SANYA MILIK ALLAH SAHAJA, TIADA SESUATU SELAIN DARI ALLAH YANG BERSIFAT DENGAN SIFAT ADA...

JADI BAGAIMANA HENDAK MENGHADAPI KONFLIK INI.....

Pada pengetahuan sudah tahu yang Ada hanya Allah

Pada kehidupan seharian sedang merasai dan mengaku sifat ada yang sedang dirasai itu adalah sifat ada diri sendiri

Tahu yang Allah itu Ada tatapi sampai kepada rasa dan perasaan sedang merasai ada diri sendiri, tidak merasai ada Allah...

Kembali kepada ilmu pengetahuan Ada adalah sifat Allah sahaja, selain dari Allah bersifat dengan sifat tiada....

Kenapa apabila merasai sifat ada didalam kehidupan seharian sifat ada yang dirasai itu diakui sebagai sifat ada diri sendiri, tetapi tidak diakui sebagai sifat ada Allah...

Jadi sedang merasai dan mengakui sifat ada yang sedang dirasai dan sifat ada yang sedang dijiwai itu adalah sebagai ada diri sendiri, inilah yang dimaksudkan kepada hawa nafsu sendiri...

Sifat ada Allah telah dan sedang dirasai sebagai sifat ada diri sendiri itulah yang dimaksudkan kepada keakuan diri sendiri.. Dan keakuan diri sendiri inilah yang dipanggil sebagai hawa nafsu sendiri yang secara tidak disedari (tersembunyi lagi tersembunyi), telah diangkat sebagai tuhan selain dari Allah... Merasakan sifat ada yang hanya satu-satunya Milik Allah (ESA), sebagai sifat ada diri sendiri adalah perbuatan yang sedang mensyirik Allah dengan diri sendiri yang telah disangka ada.. Dan inilah hawa nafsu yang perlu diperangi seperti telah disabdakan oleh Nabi Muhammad saw "PERANG YANG PALING BESAR IALAH BERPERANG DENGAN HAWA NAFSU SENDIRI - IAITU BERPERANG DENGAN PERASAAN YANG SELAMA INI TELAH MERASAI ADA ALLAH SEBAGAI ADA DIRI SENDIRI SUPAYA KEMBALI MENGAKUI ADA YANG SEDANG DIRASAI ADALAH SIFAT ADA ALLAH YANG MAHA ESA"

Sifat ada Allah yang sedang dirasai dan diakui sebagai ada selain dari Allah adalah perbuatan yang sedang menyengutukan Allah dengan sesuatu selain dari Allah. Inilah iblis dan syaitan yang wajib dijadikan musuh...

HENDAKLAH SENTIASA MENENTANG RASA PERASAAN YANG SEDANG MERASAI ADA ALLAH YANG SELAMA INI TELAH DIANGGAP SEBAGAI ADA SELAIN DARI ALLAH SUPAYA KEMBALI MENGAKUI ADA YANG SEDANG DIRASAI DAN DILIHAT ADALAH ADA ALLAH"

Menentang rasa dan perasaan yang sedang merasai dan menyangka ada selain dari Allah supaya kembali mengakui yang ada hanya Allah adalah perbuatan yang sedang memusuhi iblis dan syaitan...

IBLIS DAN SYAITAN TIDAK BOLEH MENGHASUT ORANG-ORANG YANG SENTIASA MENGESA DAN MENTAUHIDKAN ALLAH.....

MUHAMMAD RASULULLAH

57.Surah Al-Ĥadīd (Verse 3)
هُوَ الْأَوَّلُ وَالْآخِرُ وَالظَّاهِرُ وَالْبَاطِنُۖ وَهُوَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ

Dia lah Yang Awal dan Yang Akhir; dan Yang Zahir serta Yang Batin; dan Dia lah Yang Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

Allah memberitahu Dialah yang awal, yang akhir, yang zahir dan Dialah yang batin.....

Hadis qudsi..... Insan rahsia Aku, Aku rahsia Insan, rahsia itu sifat Aku, sifat Aku bukan lain daripada Aku.....

Sifat Allah bukan lain daripada Allah... Dimanakah hubungan diantara Allah dengan Muhammad....

Sabda Nabi Muhammad saw "Ana abu ar-ruh, wa Adam Abu basyar - Aku bapa segala ruh dan Adam bapa segala jasad"

"Ana Ahmad bilal mim - Aku Ahmad tanpa mim - احمد = احد

"Ana 'arab bilal 'ain, Aku 'arab tanpa 'ain عرب = رب

Allah itu zat Muhammad
Muhammad itu sifat Allah

Kembali kepada Insan rahsia Aku (Allah), Aku (Allah) rahsia insan, rahsia itu sifat Aku (Muhammad), sifat Aku (Muhammad), bukan lain daripada Aku...

57.Surah Al-Ĥadīd (Verse 3)
هُوَ الْأَوَّلُ وَالْآخِرُ وَالظَّاهِرُ وَالْبَاطِنُۖ وَهُوَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ

Dia lah Yang Awal dan Yang Akhir; dan Yang Zahir serta Yang Batin; dan Dia lah Yang Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

Sifat Allah adalah rahsia Allah yang telah ditajalli atau dinyatakan dengan (atau telah diberi) nama dengan nama Muhammad.

Muhammad adalah segala sifat-sifat terpuji Allah. Sifat terpuji Allah yang paling utama ialah (Sidiq, Amanah, Tabliq dan fatonah)...

Muhammad Bin Abdullah (Zahir Muhammad - sifat Allah yang dizahirkan).... Adalah sebagai pembawa rahsia dan pemberi peringatan yang terakhir tentang rahsia Allah ini, Tidak ada lagi rahsia yang disembunyikan oleh Allah didalam menyatakan rahsiaNya kepada keseluruhan Alam.....

Muhammad bin Abdullah telah diberi amanah untuk menyampaikan rahsia ini (Allah berfirman pada hari ini telah Aku sempurnakan agama kamu)...

Sepertimana yang disabdakan oleh Nabi Muhammad saw "Aku adalah bapa segala roh @ Aku (Mihammad) adalah asal kejadian segala Roh"
- Inilah Muhammad Rasulullah yang diperintahkan supaya dikenal sebagai pesuruh Allah sepanjang zaman, kerana nabi Muhammad bin Abdullah telah wafat, (telah kembali kerahmatullah....) 

Untuk sampai kepada mencapai kepada Muhammadar Rasulullah ini, setiap umat Muhammad hendaklah sentiasa mentauhid atau mengesakan Allah (puji hamba kepada tuhan iaitu setiap badan diri manusia sentiasalah hendaknya mengesakan Allah didalam setiap detik dan saat didalam keluar masuknya nafas)...

Setelah proses mengesa atau mentauhidkan Allah telah mendapat pengesahan diterima oleh Allah barulah badan diri (jasad dan roh) yang telah sentiasa mengesakan Allah ini akan diangkat kepada Muhammadar Rasulullah 

Muhammaddar Rasulullah adalah puji tuhan kepada hamba... iaitu Allah akan menganugerahkan sifat-sifat terpujinya terutama (siddiq, amanah, tabliq dan fatonah) kepada hamba-hambanya yang sentiasa mentauhid atau mengesakan Allah diswriap detik dan saat....

Inilah sebenar Muhammad yang sentiasa mengenal Allah....

Sebelum berada didalam keadaan sentiasa mengesakan Allah tidak lagi akan diberi pengakuan oleh Allah - Allah tidak akan memperakui (puji tuhan kepada hamba).. Sebagai Muhammaddar Rasulullah....

Diri kita yang telah disangka ada disamping Allah tidak mampu untuk mengenal Muhammad.. Maksudnya selagi seseorang yang berada didalam keadaan syirik tidak lagi sampai kepada Muhammad yang disabdakan oleh Nabi Muhammad saw Ana abu ar-ruh itu....

Muhammaddar Rasulullah adalah anugerah Allah kepada hamba-hambanya yang sentiasa mengesakan Allah pada zat, sifat, asma' dan perbuatanNya...

Selagi belum mengesakan atau mentauhidkan Allah janganlah berangan-angan nak beranggapan diri batin itu sebagai Muhammad Mustafa Rasulullah....

Walaupun pada ilmu sudahpun memahaminya, terapi pada hakikat sebenar belum lagi diperakui oleh Allah kerana masih mensyirikkan Allah.

Muhammad Rasulullah adalah pembawa ugama tauhid...

SAMA-SAMALAH KITA KEMBALI KEPADA AUWALUDDIN MAKRIFATULLAH (MEMPRAKTIKKAN LAA ILAHA ILLALLAH) SUPAYA DIANUGERAHKAN DENGAN MUHAMMADAR RASULULLAH)

Kerana Muhammaddar Rasulullah adalah satu anugerah bukan boleh ditiru-tiru...

Bahawa ilmu pengetahuan dengan keadaan sebenarnya amatlah jauh bezanya... 

Pada ilmu sudah mengetahui tetapi pada keadaan sebenar belum lagi mencapai ketahap berkaitan kerana untuk sampai kemaksud yang dimaksudkan itu bukanlah melalui ilmu tetapi mesti melalui berperang dengan nafsu sendiri...

BAGAIMANAKAH HENDAK BERPERANG DENGAN HAWA NAFSU SENDIRI???

CARA UNTUK MEMENGGAL PEPATONG SEMBAHANYANG TELAH DIBENTUK OLEH SANGKAAN SENDIRI.......

Merasai ada diri disamping Ujud Allah, secara tidak disedari telah menjadikan diri sangkaan ada itu sebagai tuhan selain dari Allah....

LAA ILAHA ILLALLAH - TIADA SESUATU YANG ADA HANYA ALLAH...

Walaupun Kalimah tauhid telah dilafazkan dan ditasdiqkan didalam hati, tetapi didalam rasa dan perasaan masih lagi merasa ada diri, (sifat ada Allah yanh sedang diperkenalkan telah disangka sebagai wujud diri sendiri), selagi itulah Allah itu telah disekutukan dengan diri sendiri yang telah disangka ada disamping Ujud Allah...

Merasai diri sendiri dan selain dari Allah ada disamping ujud Allah, adalah satu keadaan dimana telah menyengutukan Allah dengan sesuatu..

Merasai ada diri sendiri disamping Ujud Allah telah meletakkan kita kedalam gulungan sedang menzalimi diri sendiri, iaitu gulungan musrikin, gulungan orang yang sedang menyengutukan Allah (sedang menyangka Ujud Allah yang sedang diperkenalkan ujudNya, sebagai wujud diri sendiri)..

Ada yang sedang dirasai itu sebenarnya keadaan dimana Allah sedang memperlihatkan ujudNya, sebagai tanda-tanda atau sebagai ayat-ayat yang sedang menerangkan keEsaan dan kekuasaan Allah sendiri). Tetapi sangkaan yang timbul didalam rasa dan perasaan dan pengakuan yang sedang mengakui wujud yang sedang dirasai itu adalah wujud diri sendiri, secara tidak disedari telah menjerumuskan kedalam lembah kesyirikan (syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi)...

PERSOALANNYA BAGAIMANA NAK MENGHILANGKAN RASA DAN PERASAAN YANG SEDANG MENYANGKA UJUD ALLAH ITU ADALAH WUJUD DIRI SENDIRI?

Allah telah berfirman didalam Al-Quran 

17.Surah Al-'Isrā' (Verse 41)
وَلَقَدْ صَرَّفْنَا فِي هَٰذَا الْقُرْآنِ لِيَذَّكَّرُوا وَمَا يَزِيدُهُمْ إِلَّا نُفُورًا

Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan tauhid dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat (memahami dan mematuhi kebenaran); dalam pada itu, penerangan yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar.

Allah telah memperjelaskan bahawa didalam Al-Quran telah diterangkan terdapat pelbagai cara dan jalan-jalan untuk menetapkan iktiqod dan tauhid terhadap Allah (supaya tidak mensyirikkan Allah dengan sangkaan ada wujud diri dan selain dari Allah)

Diantara ayat Al-Quran yang secara tersiratnya telah menerangkan cara untuk mentauhidkan Allah dan menetapkan iktiqod ialah seperti firman Allah 39.Surah Az-Zumar (Verse 45)
وَإِذَا ذُكِرَ اللَّهُ وَحْدَهُ اشْمَأَزَّتْ قُلُوبُ الَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ بِالْآخِرَةِۖ وَإِذَا ذُكِرَ الَّذِينَ مِن دُونِهِ إِذَا هُمْ يَسْتَبْشِرُونَ

Dan (di antara keburukan orang-orang yang melakukan syirik): apabila disebut nama Allah semata-mata. segan serta liarlah hati mereka yang tidak beriman kepada hari akhirat; dan apabila disebut nama-nama yang mereka sembah dan puja yang lain dari Allah, mereka dengan serta merta riang dan gembira.

Itu adalah sifat orang yang syirik kepada Allah..

73.Surah Al-Muzzammil (Verse 8)
وَاذْكُرِ اسْمَ رَبِّكَ وَتَبَتَّلْ إِلَيْهِ تَبْتِيلًا

Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.

Jadi untuk menjadi orang yang bertauhid kepada Allah, sebutlah Nama Allah sambil rasa perasaan, hati dan roh merasakan dan menjiwai Ada Allah..

Ada yang manakan yang nak dirasakan sebagai Ujud Allah..?

Iaitulah rasa ada yang sedang dirasai sekarang ini, "SEBUT LAH ALLAH, ALLAH, ALLAH, ALLAH .... Infiniti, SEMENTARA RASA DAN PERASAAN SEDANG MERASAKAN SIFAT ADA ALLAH"

"SEBUTLAH NAMA ALLAH, SEDANG RASA DAN PERASAAN SEDANG MERASAI SIFAT HIDUP ALLAH"

"SEBUTLAH NAMA ALLAH, SEDANG RASA DAN PERASAAN SEDANG MERASAI SIFAT TAHU 
ALLAH"

"SEBUTLAH NAMA ALLAH, SEDANG RASA DAN PERASAAN SEDANG MERASAI SIFAT KUASA ALLAH"

"SEBUTLAH NAMA ALLAH, SEDANG RASA DAN PERASAAN SEDANG MERASAI SIFAT KEHENDAK ALLAH"

"SEBUTLAH NAMA ALLAH, SEDANG RASA DAN PERASAAN SEDANG MERASAI SIFAT MELIHAT ALLAH"

"SEBUTLAH NAMA ALLAH, SEDANG RASA DAN PERASAAN SEDANG MERASAI SIFAT MENDENGAR ALLAH"

"SEBUTLAH NAMA ALLAH, SEDANG RASA DAN PERASAAN SEDANG MERASAI SIFAT BERKATA-KATA ALLAH"....

DENGAN MEMPRAKTIKKAN KAEDAH SEPERTI INI SECARA AUTOMATIK KITA SEDANG MENGAKUI BAHAWA TIADA YANG ADA TIADA YANG HIDUP TIADA YANG TAHU TIADA YANG BERKUASA TIADA YANG BERKEHENDAK TIADA YANG MELIHAT TIADA YANG MENDENGAR TIADA YANG BERKATA-KATA HANYA ALLAH SAHAJA YANG BERSIFAT DENGAN SIFAT ADA HIDUP TAHU BERKUASA BERKEHENDAK MELIHAT MENDENGAR DAN BERKATA-KATA...

Suci kita dari sifat keakuan diri dan Mahasuci Allah dari sifat kekurangan.

Thursday 3 April 2014

IBLIS TIDAK BOLEH MENYESATKAN ORANG YANG BERSIH DARI SYIRIK

IBLIS TIDAK BOLEH MENYESATKAN ORANG YANG BERSIH DARI SYIRIK

15.Surah Al-Ĥijr (Verse 39)
قَالَ رَبِّ بِمَا أَغْوَيْتَنِي لَأُزَيِّنَنَّ لَهُمْ فِي الْأَرْضِ وَلَأُغْوِيَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ

Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya,

15.Surah Al-Ĥijr (Verse 40)
إِلَّا عِبَادَكَ مِنْهُمُ الْمُخْلَصِينَ

"Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik".

15.Surah Al-Ĥijr (Verse 41)
قَالَ هَٰذَا صِرَاطٌ عَلَيَّ مُسْتَقِيمٌ

Allah berfirman: "Inilah satu jalan yang lurus, yang tetap Aku memeliharanya.

15.Surah Al-Ĥijr (Verse 42)
إِنَّ عِبَادِي لَيْسَ لَكَ عَلَيْهِمْ سُلْطَانٌ إِلَّا مَنِ اتَّبَعَكَ مِنَ الْغَاوِينَ

"Sesungguhnya hamba-hambaKu, tidaklah ada bagimu sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, kecuali sesiapa yang menurutmu dari orang-orang yang sesat (dengan pilihannya sendiri).

DIDALAM FIRMANNYA DIDALAM AYAT DIATAS TELAH MENERANGKAN KEPADA KITA BAHAWA BERSIH DARI SYIRIK ADALAH SATU JALAN YANG LURUS YANG TETAP DIPELIHARA OLEH ALLAH

16.Surah An-Naĥl (Verse 74)
فَلَا تَضْرِبُوا لِلَّهِ الْأَمْثَالَۚ إِنَّ اللَّهَ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

Oleh itu, janganlah kamu mengadakan sesuatu yang sebanding dengan Allah, 
kerana sesungguhnya Allah mengetahui (setakat mana buruknya perbuatan syirik kamu) sedang kamu tidak mengetahuinya.

16.Surah An-Naĥl (Verse 75)
ضَرَبَ اللَّهُ مَثَلًا عَبْدًا مَّمْلُوكًا لَّا يَقْدِرُ عَلَىٰ شَيْءٍ وَمَن رَّزَقْنَاهُ مِنَّا رِزْقًا حَسَنًا فَهُوَ يُنفِقُ مِنْهُ سِرًّا وَجَهْرًاۖ هَلْ يَسْتَوُونَۚ الْحَمْدُ لِلَّهِۚ بَلْ أَكْثَرُهُمْ لَا يَعْلَمُونَ

Allah memberikan satu misal perbandingan: Seorang hamba abdi yang menjadi milik orang, yang tidak berkuasa melakukan dengan bebasnya sesuatupun; dan seorang lagi (yang merdeka) yang Kami kurniakan kepadanya pemberian 
yang baik (harta kekayaan) dari Kami, maka dia pun membelanjakan 
hartanya dengan bebasnya, sama ada secara bersembunyi atau terbuka, adakah kedua orang itu sama? Segala puji tertentu bagi Allah (dan Allah jualah yang berhak disembah), tetapi kebanyakan mereka (yang musyrik) tidak mengetahui (hakikat tauhid itu).

16.Surah An-Naĥl (Verse 100)
إِنَّمَا سُلْطَانُهُ عَلَى الَّذِينَ يَتَوَلَّوْنَهُ وَالَّذِينَ هُم بِهِ مُشْرِكُونَ

Sesungguhnya pengaruh Syaitan itu hanyalah terhadap orang-orang yang menjadikan dia pemimpin mereka, dan orang-orang yang dengan sebab hasutannya melakukan syirik kepada Allah.

29.Surah Al-`Ankabūt (Verse 63)
وَلَئِن سَأَلْتَهُم مَّن نَّزَّلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَحْيَا بِهِ الْأَرْضَ مِن بَعْدِ مَوْتِهَا لَيَقُولُنَّ اللَّهُۚ قُلِ الْحَمْدُ لِلَّهِۚ بَلْ أَكْثَرُهُمْ لَا يَعْقِلُونَ

Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu Ia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Ucapkanlah (wahai Muhammad): "Alhamdulillah" (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang 
demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak memahami (hakikat tauhid dan pengertian syirik).

30.Surah Ar-Rūm (Verse 30)
فَأَقِمْ وَجْهَكَ لِلدِّينِ حَنِيفًاۚ فِطْرَتَ اللَّهِ الَّتِي فَطَرَ النَّاسَ عَلَيْهَاۚ لَا تَبْدِيلَ لِخَلْقِ اللَّهِۚ ذَٰلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ وَلَٰكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ

(Setelah jelas kesesatan syirik itu) maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut-pengikutmu, wahai Muhammad) ke arah ugama yang jauh dari kesesatan; (turutlah terus) ugama Allah, iaitu ugama yang Allah 
menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah ugama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.

30.Surah Ar-Rūm (Verse 35)
أَمْ أَنزَلْنَا عَلَيْهِمْ سُلْطَانًا فَهُوَ يَتَكَلَّمُ بِمَا كَانُوا بِهِ يُشْرِكُونَ

Pernahkah Kami menurunkan kepada mereka (yang musyrik itu) sebarang bukti keterangan, lalu ia menerangkan jalan yang membolehkan mereka lakukan 
perbuatan syirik itu?

31.Surah Luqmān (Verse 13)
وَإِذْ قَالَ لُقْمَانُ لِابْنِهِ وَهُوَ يَعِظُهُ يَا بُنَيَّ لَا تُشْرِكْ بِاللَّهِۖ إِنَّ الشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيمٌ

Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:" Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar".

39.Surah Az-Zumar (Verse 45)
وَإِذَا ذُكِرَ اللَّهُ وَحْدَهُ اشْمَأَزَّتْ قُلُوبُ الَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ بِالْآخِرَةِۖ وَإِذَا ذُكِرَ الَّذِينَ مِن دُونِهِ إِذَا هُمْ يَسْتَبْشِرُونَ

Dan (di antara keburukan orang-orang yang melakukan syirik): apabila  disebut nama Allah semata-mata (di dalam doa dan sebagainya), segan serta liarlah hati mereka yang tidak beriman kepada hari akhirat; dan apabila disebut nama-nama yang mereka sembah dan puja yang lain dari Allah, mereka dengan serta merta riang dan gembira.

40.Surah Ghāfir (Verse 14)
فَادْعُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ

Oleh itu maka sembahlah kamu akan Allah dengan mengikhlaskan ibadat 
kepadaNya (dan menjauhi bawaan syirik), sekalipun orang-orang kafir 
tidak menyukai (amalan kamu yang demikian).


PERJUANGAN MENEGAKKAN KEESAAN ALLAH - SENTIASA BERADA DIDALAM KALIMAH TAUHID

PERJUANGAN MENEGAKKAN KEESAAN ALLAH - SENTIASA BERADA DIDALAM KALIMAH TAUHID

Tugas mengesakan Allah ( tidak aku jadikan jin dan manusia hanyalah untuk beribadat kepada ku), sehinggalah kita menemui mati ( kullunafsin za ikhotul maut)..

51.Surah Adh-Dhāriyāt (Verse 56)
وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.

3.Surah 'Āli `Imrān (Verse 185)
كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِۖ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَۗ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ

Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah 
kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.

21.Surah Al-'Anbyā' (Verse 35)
كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِۗ وَنَبْلُوكُم بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةًۖ وَإِلَيْنَا تُرْجَعُونَ

Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.

29.Surah Al-`Ankabūt (Verse 57)
كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِۖ ثُمَّ إِلَيْنَا تُرْجَعُونَ

Tiap-tiap diri (sudah tetap) akan merasai mati, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Kami (untuk menerima balasan).

Tugas sebenar kita ialah mengakui bahawa Allah itu Allah sebagai satu-satunya Tuhan yang maha Esa yang ternyata pada badan diri sendiri dan kepada setiap zarah ujud alam maya pada ini..

Tugas inilah yang telah kita terima sebagai amanah yang mana tidak sanggup diterima oleh makhlok lain selain daripada kita sebagai setiap Insan.. Tugas menanggung rahsia Allah (huwal auwalu, huwal akhiru, huwaz zohiru huwal batinu) begitu murni dan menjadikan taraf kita sebagai makhlok termulia disisi Allah...

Marilah sama-sama kita jaga dan pelihara kemuliaan itu dengan memulangkan segala-gala haq (zat, sifat, nama dan perbuatan) kepada yang berhaq iaitu zat mutlak yang bernama Allah, yang dahulunya Dia(Hu) tidak bernama(Zatul Buhti) apa-apa pun kerana belum ada sebarang penzahiran(tajjali)...

Penzahirannya adalah sebagai tanda atau ayat-ayat yang menerangkan kewujudan Dia sendiri, tetapi didalam bentuk kepelbagaian sifat, nama dan perbuatan yang sudah barang tentu berada didalam keEsaannya sendiri bukan didalam bentuk ujud selain dari Dia sendiri....

Tanda wujud Allah yang tertera pada badan diri kita dianggap atau disangka sebagai sesuatu yang lain dari wujud Allah adalah membuatkan kita akan terjerumus kelembah kesyirikan yang tersembunyi(khofi) kerana tanda-tanda atau ayat-ayat ini semata-mata dizahirkan keatas badan diri kita semata-semata untuk memperkenalkan diriNya sendiri....

Jika tidak dizahirkan segala tanda dan ayat-ayat sebegini rupa ia tidak mungkin dapat dikenali dengan senyata-nyataNya seperti sekarang ini...

Untuk menyatakan kenyataanNya yang terlalu nyata ini hendaklah kita mengistiharkan perang dengan hawa nafsu kita (diri kita yang telah dianggap atau diri Allah yang disangka sebagai diri sendiri) iaitu sifat keakuan diri...

Hapuskanlah sifat keakuan diri dengan mengaku yang Allah itu Allah sehinggalah ternyata Allah itu Maha suci dari sifat kekurangan..

Tugas inilah menaikkan taraf kita dari seorang hamba kepada taraf seorang khalifah ( pemerintah iaitu sebagai ulilamri Allah untuk memerintah sebuah alam iaitu setiap badan diri sendiri)..

Tugas ini adalah menjadi kewajipan keatas setiap individu lelaki dan perempuan... Setiap seorang daripada kita tidak kira samada kita seorang lelaki atau perempuan mesti dan wajib mengesakan Allah pada segala perbuatan, nama dan sifat yang tertera kepada badan sendiri dan setiap zarah....

Wahai badan diriku dan para sahabat sekalian marilah sama-sama kita jadikan misi suci ini ( mengesakan Allah pada setiap detik dan saat -menegakkan kalimah tauhid) sebagai satu wadah perjuangan bagi melanjutkan perjuangan Rasulullah saw.. InsyaAllah.. Amin

Marilah jadikan perjuangan kita untuk menegakkan dua kalimah syahadah diatas muka bumi ini sebagai satu tugas murni melalui manamana halaman yang kita sertai...

Jauhilah perbalahan dari kepelbagaian pendapat, sama-samalah kita bermuzakarah untuk menyatukan kesemua umat diatas kemuliaan Dua kalimah syahadah ini...

Berpeganglah dengan manamana pegangan pun, tetapi jangan sampai kita mensyirikkan Allah dengan menjadikan diri kita sebagai tuhan sesembahan kita ( Allah berfirman tidakkah kamu melihat mereka-mereka yang menjadikan hawa nafsu mereka sebagai tuhan) atau mengadakan Tuhan yang lain disamping Allah..

25.Surah Al-Furqān (Verse 43)
أَرَأَيْتَ مَنِ اتَّخَذَ إِلَٰهَهُ هَوَاهُ أَفَأَنتَ تَكُونُ عَلَيْهِ وَكِيلًا

Nampakkah (wahai Muhammad) keburukan keadaan orang yang menjadikan hawa nafsunya: 
tuhan yang dipuja lagi ditaati? Maka dapatkah engkau menjadi pengawas yang menjaganya jangan sesat?


30.Surah Ar-Rūm (Verse 29)
بَلِ اتَّبَعَ الَّذِينَ ظَلَمُوا أَهْوَاءَهُم بِغَيْرِ عِلْمٍۖ فَمَن يَهْدِي مَنْ أَضَلَّ اللَّهُۖ وَمَا لَهُم مِّن نَّاصِرِينَ

Orang-orang yang zalim itu (tidak berfikir), bahkan menurut hawa nafsu mereka (melakukan syirik) dengan tidak berdasarkan pengetahuan. Maka tiada  sesiapa yang dapat memberi petunjuk kepada orang yang telah disesatkan oleh Allah (disebabkan bawaannya sendiri), dan tiada pula bagi mereka sesiapa yang dapat menolong melepaskan mereka dari azab.

45.Surah Al-Jāthiyah (Verse 23)
أَفَرَأَيْتَ مَنِ اتَّخَذَ إِلَٰهَهُ هَوَاهُ وَأَضَلَّهُ اللَّهُ عَلَىٰ عِلْمٍ وَخَتَمَ عَلَىٰ سَمْعِهِ وَقَلْبِهِ وَجَعَلَ عَلَىٰ بَصَرِهِ غِشَاوَةً فَمَن يَهْدِيهِ مِن بَعْدِ اللَّهِۚ أَفَلَا تَذَكَّرُونَ

Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipatuhinya, dan ia pula 
disesatkan oleh Allah kerana diketahuiNya (bahawa ia tetap kufur ingkar), dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu (wahai orang-orang yang 
ingkar) tidak ingat dan insaf?

42.Surah Ash-Shūraá (Verse 15)
فَلِذَٰلِكَ فَادْعُۖ وَاسْتَقِمْ كَمَا أُمِرْتَۖ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْۖ وَقُلْ آمَنتُ بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ مِن كِتَابٍۖ وَأُمِرْتُ لِأَعْدِلَ بَيْنَكُمُۖ اللَّهُ رَبُّنَا وَرَبُّكُمْۖ لَنَا أَعْمَالُنَا وَلَكُمْ أَعْمَالُكُمْۖ لَا حُجَّةَ بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمُۖ اللَّهُ يَجْمَعُ بَيْنَنَاۖ وَإِلَيْهِ الْمَصِيرُ

Oleh kerana yang demikian itu, maka serulah (mereka - wahai Muhammad - kepada berugama dengan betul), serta tetap teguhlah engkau menjalankannya sebagaimana yang diperintahkan kepadamu, dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka; sebaliknya katakanlah: "Aku beriman kepada segala Kitab yang diturunkan oleh Allah, dan aku diperintahkan supaya berlaku adil di antara kamu. Allah jualah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Bagi kami amal kami dan bagi kamu amal kamu. 

Tidaklah patut ada sebarang pertengkaran antara kami dengan kamu (kerana kebenaran telah jelas nyata). Allah akan menghimpunkan kita bersama (pada hari kiamat), dan kepadaNyalah tempat kembali semuanya (untuk dihakimi dan diberi balasan)".


Inilah yang paling penting didalam kehidupan seharian kita iaitu suci kita dari sifat keakuan diri iaitu suci dari syirik ( yang terang dan tersembunyi)..

Syirik yang tersembunyi dan ianya sentiasa melekat kepada badan diri kita sendiri selagi kita belum mengistiharkan perang dengan hawa nafsu sendiri ( sifat keakuan diri - Menyangka ujud yang ditunjukkan oleh Allah, sebagai ujudnya telah disangka sebagai ada diri sendiri)..

Perjuangan kita untuk berperang dengan nafsu sendiri inilah wajib didahulukan dari yang lain dan telah menjadi seruan utama daripada Nabi Muhammad saw kepada kita iaitu perang yang paling utama ialah berperang dengan hawa nafsu sendiri..

Hawa nafsu sendiri itu hendaklah kita mengambil faham sebagai sifat keakuan diri dimana unsur utamanya ialah berkeinginan untuk memiliki sifat yang wajib bagi Allah untuk dirinya atau dengan kata lain bersangkaan yang ujud Allah yang dinyatakan untuk memperkenalkan dirinya sebagai ada diri kita sendiri)

Wadah perjuangan kita ialah dengan menyedari dan merasai segala sifat yang wajib bagi ALLAH yang tertera keatas badan diri ( jasad dan roh) sendiri, setelah menyedari dan menyaksikan sifat yang wajib bagi Allah yang tertera pada badan diri sendiri, maka mengakulah bahawa sifat yang wajib bagi Allah yang kita sedang rasai itu adalah sifat Allah...

Jika tidak mampu membuat pengakuan gunalah kaedah selalu mengajukan soalan kepada diri " SIAPAKAH YANG ???" Dan tentukan jawapannya "ALLAH"

Dengan soalan ini kita telah melatih diri untuk mengaku yang ujud, sifat, asma' dan afa'al Allah yang sedang diperkenalkan itu, diakui sebagai ujud, sifat, asma' Allah sendiri...

Pengakuan kita yang sifat Allah itu adalah sifat Allah secara automatik sifat itu ternafi kepada badan diri sendiri dan selain dari Allah...

Wahai para mujahidin, bangunlah segera untuk memperjuangkan perjuangan suci ini dengan berperang melawan nafsu sendiri iaitu diri sendiri yang disangka ada disamping ada Allah...

Semuga perjuangan suci kita ini akan dapat membangun sebuah daulah yang mendapat barokah dua kalimah syahadah.

Sekarang ini kita belajar ilmu mengenal diri iaitu mengenal Allah, setelah sekian lama kita belajar kita pun tahulah tentang diri kita dan juga tentang Allah seperti yang dipelajari itu..

Ringkasnya seperti yang dikehendaki dan ditekankan didalam ilmu pengetahuan ini ialah Tuhan itu hanyalah Esa sahaja iaitu Allah yang mempunyai segala-gala sifat yang wajib keatas diriNya sahaja, sifat yang wajib bagi Allah itu hanya layak diletakkan dan diberikan hanya kepada Allah sahaja kerana Allah itu tidak berlaku perubahan padanya, dari dulu, sekarang dan sampai bila-bila..

Manakala maklok atau hamba pula ialah merupakan tanda-tanda kewujudan Allah yang sedang Allah perkenalkan untuk memperkenalkan dirinya sendiri, jadi setiap makhlok ini sebenarnya bersifat ia dengan sifat yang mustahil bagi Allah iaitu berlawanan dengan sifat wajib bagi Allah...

Contoh Allah bersifat dengan sifat Ada, sekalian makhlok bersifat dengan sifat tidak ada (tiada)..

Bersalahan Allah taala bagi segala yang baharu hendaklah difahamkan secara tahkik yang putus hanya Allah sahaja yang bersifat yang wajib keatas diriNya dan segala maklok bersifat dengan sifat mustahil bagi Allah... Pertentangan sifat inilah yang membuatkan Allah itu sentiasa bersifat dengan bersalahan Allah itu bagi setiap makhlok....

Maka setelah itu kita pun tahulah seperti yang kita berpegangkan ini, keadaan ini membawa makna keatas diri kita, kita sudah tahu tentang ilmu mengenal diri iaitu mengenal Allah...

Masaalah yang timbul dan amat-amat mengelirukan kita semua ialah apa yang telah kita tahu hasil dari pelajaran kita ini tidak sama dengan apa yang kita sedang hadapi sepanjang kehidupan harian kita sekarang ini...

Contohnya kita belajar pada hakikatnya, Allah sahaja yang ada, selain dari Allah tidak ada.. Apa yang kita sedang hadapi dan rasa didalam rasa perasaan kita sekarang ini ialah kita rasa kita yang ada tetapi kita tidak rasa Allah yang ada...

Dari sini timbullah berbagai kilaf dan pendapat, para 'arifibillah yang bersusur galur dari Rasulullah dapat menyelesaikan masaalah ini pada badan diri mereka sendiri dengan cara mengalami sendiri perjalanan rohani, mereka menjalani sendiri perjalanan rohani melalui badan diri mereka sendiri untuk mengetahui kebenaran ini...

Seperti yang kita telah tahu bahawa diawal tadi bahawa dalam misi Allah hendak memperkenalkan dirinya dia telah menyatakan tanda-tanda atau ayat-ayat pada diri kita ( harus ditekankan bahawa Allah mengatakan itu adalah tanda-tanda wujud Allah - bukan ujud selain dari Allah, apakah yang dimaksudkan dengan tanda itu, ialah kenyataan wujudnya sendirilah), tapi kita yang salah berpegang, Allah kata tanda wujudnya, kita kata dan kita sangka sebagai wujud kita (Apakah yang Allah katakan kepada mereka ini, Tidakkah kamu melihat mereka-mereka yang mengambil hawa nafsu mereka sebagai tuhan... Harus diperhalusi berhubung dengan apakah yang dimaksudkan dengan hawa nafsu? 

Sebenar yang dimaksudkan dengan hawa nafsu ialah kita mengguna pakai sifat yang wajib kepada Allah kepada diri kita sendiri.... Kita bersangka bahawa ujud, sifat, asma' dan sifat Allah yang diperkenalkan sebagai wujud diri kita sendiri...

Untuk membetulkan pegangan ini, Allah telah menurunkan ramai Rasul dan Nabi, dan diwarisi kepada Aulia Allah sehingga sekarang ini bagi menjaga keEsaan Allah tidak tercemar....

Jadi apabila kita merasai akan wujud diri kita sendiri ini, ada tersedia jalan untuk menyelesaikan masaalah ini, dari sinilah timbulnya Agama iaitu fahaman yang diperpegangkan oleh diri seseorang.. Agama yang diiktiraf oleh Allah hanya lah Islam sahaja iaitu sentiasa menyerah diri kepada Allah (iaitu orang-orang yang muhlisin yang tidak mampu ditentang oleh iblis, mengikut janji Allah dengan iblis)...

Terdapat banyak kaedah perjalanan bagi menyelesaikan masaalah syirik yang sentiasa dihadapi oleh masyarakat kita hari ini...

Pokoknya bagaimana kita nak menghilangkan wujud diri disamping ujud Allah, kaedahnya mengaku yang segala sifat bagi Allah hanya milik Allah sahaja, perlaksanaannya melalui badan diri masing-masing...

Contoh :-

Kita ambil sifat wujud, kita telah tahu yang sifat wujud itu sifat wajib bagi Allah, untuk memperkenalkan dirinya Allah telah memberitahu kepada kita bahawa dia telah mengadakan tanda-tanda kewujudannya pada diri kita, apakah tanda yang telah ditunjukkan itu? Iaitu ujudnya yang dizahirkan dalam bentuk rupa wujud kita... ( jangan lupa yang wujud kita itu hanyalah sebagai tanda ujud Allah),

Firman Allah:-

45.Surah Al-Jāthiyah (Verse 3)
إِنَّ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ لَآيَاتٍ لِّلْمُؤْمِنِينَ

Sesungguhnya pada langit dan bumi terdapat tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman.

45.Surah Al-Jāthiyah (Verse 4)
وَفِي خَلْقِكُمْ وَمَا يَبُثُّ مِن دَابَّةٍ آيَاتٌ لِّقَوْمٍ يُوقِنُونَ

Dan pada kejadian diri kamu sendiri, serta (pada kejadian) segala binatang yang dibiakkanNya, terdapat juga tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang meyakininya.

45.Surah Al-Jāthiyah (Verse 5)
وَاخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ وَمَا أَنزَلَ اللَّهُ مِنَ السَّمَاءِ مِن رِّزْقٍ فَأَحْيَا بِهِ الْأَرْضَ بَعْدَ مَوْتِهَا وَتَصْرِيفِ الرِّيَاحِ آيَاتٌ لِّقَوْمٍ يَعْقِلُونَ

Dan (pada) pertukaran malam dan siang silih berganti, dan juga (pada) rezeki yang diturunkan oleh Allah dari langit, lalu Ia hidupkan 
dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta (pada) peredaran angin, (semuanya itu mengandungi) tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah, kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, serta keluasan rahmatNya) bagi kaum yang mahu menggunakan akal fikiran.

45.Surah Al-Jāthiyah (Verse 6)
تِلْكَ آيَاتُ اللَّهِ نَتْلُوهَا عَلَيْكَ بِالْحَقِّۖ فَبِأَيِّ حَدِيثٍ بَعْدَ اللَّهِ وَآيَاتِهِ يُؤْمِنُونَ

Itulah ayat-ayat penerangan Allah yang kami bacakan kepadamu (wahai Muhammad) kerana  menegakkan kebenaran; maka dengan perkataan yang manakah lagi mereka hendak beriman, sesudah penerangan Allah dan tanda-tanda kekuasaanNya (mereka tidak mahu memahami dan menelitinya)?

Bangun saja dari tidur, kita sedar akan keberadaan badan diri kita ( kesedaran inilah yang selalu dikatakan barang siapa mengenal dirinya),

Setelah kita sedar akan keberadaan kita hendaklah kita mengumpulkan ilmu yang telah kita pelajari dan ketahui tadi untuk digembeling sebagai proses untuk melawan hawa nafsu kita iaitu diri kita yang disangka ada, dimana badan diri kita tidak mahu melepaskan prasangka rasa keberadaan diri kita ini, badan diri kita tetap juga nak menggunakan tanda ujud Allah ini sebagai miliknya sendiri, kuatkanlah pegangan kepada ilmu kita yang telah kita pelajari dulu dan mengakulah pada badan diri kita sendiri bahawa tanda ujud yang sedang kita rasa dan nikmati itu adalah ujud Allah yang sedang diperkenalkannya.

Apabila berjaya mengadakan pengakuan yang wujud yang Allah sedang perkenalkan itu adalah ujud Allah ( maka tertunailah sudah akan maksud kenallah akan tuhannya, beristiqomahlah sehingga kita tidak lagi kembali berpegang pada rasa wujud diri sendiri kerana itu adalah syirik yang amat tersembunyi)...

Pada masa ini kita rasa kita yang sedang mengenal Allah sebab didalam rasa dan perasaan kita, kita yang merasa akan keujudan Allah itu, masih ada dua wujud lagi iaitu ujud Allah dan wujud diri kita..

Beristiqomahlah didalam mengadakan pengakuan yang ujud yang kita sedang rasai itu ujud Allah sehingga kita dapat berpegang betul-betul dengan merasai kita yang sedang mengakui ujud Allah, didalam masa yang sama kita serapkankan akan rasa yang sedang kita rasai itu kepada Allah yang sedang merasai keujudan Allah itu, jika perlu bantulah dengan memberi soalan kepada kesedaran yang sedang kita sedar tentang ujud Allah itu, contoh siapakah yang sedang sedar akan keujudan Allah itu? Tunggulah jawapan sehingga terjawab Allah, selagi belum menemui jawapan Allah teruskanlah perjuangan murni ini, 

Setelah dapat menetap pada rasa perasaan yang sedang mengenal Allah sekarang ini adalah Allah sendiri....

Teruskanlah sehingga tidak timbul lupa lagi padanya, sentiasa ingat... Ketika ini kita sudah bukan kita lagi kerana kita sudah hilang kesadaran pada badan diri yang dianggap sebagai ada kita sendiri, yang tinggal Allah yang sedar akan keEsaannya,

Inilah keadaan dimana dikatakan barang siapa mengenal tuhannya, maka binasalah jasadnya....

Bagaimana kita nak bertuhankan kepada Allah ?

Barang siapa mengenal diri, mengenallah ia akan tuhan, Barang siapa mengenal tuhan, binasalah dirinya...

Sekarang cuba kita kembali kepada diri kita, tumpukan kepada perasaan kita tanpa memikirkan apa, cuba bawa ingat atau menyebut Allah, Allah didalam hati.

Teruskan membuat tumpuan kepada perasaan kita sendiri semakin dalam..... Sekarang cuba kita tanya kepada perasaan kita itu... Kita rasa kita ada tak? Cuba rasa keberadaan yang disangka sebagai keberadaan kita, rasa betul-betul akan keberadaan yang disangka sebagai keberadaan kita ini, kewujan diri kita.

Sekarang apa yang sedang kita rasa, rasa akan keberadaan, rasa akan kewujudan diri kita... (terapkan pengetahuan kita yang diri sebenar diri itu ialah roh bukan badan kita, roh yang sedang merasa keberadaan, bukan jasad kita yang sedang berasa keberadaan kita )..

Kita rasa keberadaan kita inilah makna, kita sedang mengenal diri kita sendiri..... Roh sedang mengenal dirinya.. Rohlah yang sedang rasa kewujudannya. 

Teruskan didalam sedang merasai keberadaan diri, tenangkan dan tumpukan kepada keberadaan diri kita tanpa memikirkan apa-apa dan cuba menyebut-nyebut akan nama Allah, sambil menyeru nama Allah didalam hati,

Setelah kita betul-betul tenang dan masih merasai keberadaan kita, perasaan kita itu masih tertumpu kepada keberadaan diri itu, tanyalah kepada perasaan kita itu, ada siapakah ini? Ikut sahaja apa sahaja jawapan yang perasaan anda jawab itu.. Sebelum perasaan yang anda sedang rasa itu sendiri menjawab Allah ketika rasa keberadaan itu, maksudnya sekarang kita sedang merasai keberadaan Allah..

Kita sedar sekarang ini kita sedang merasai keberadaan Allah, kita sendiri sedar yang kita sedang merasai keujudan Allah pada perasaan kita itu ( inilah yang dikatakan hanya Muhammad yang mengenal Allah).... Barang siapa mengenal dirinya kenallah akan tuhannya....

Nabi Muhammad saw berkata " Aku mengenal Allah dengan Allah"

Teruskanlah dengan perasaan kita yang sedang kita rasai sekarang ini, apa yang kita sedang rasa sekarang ini..

Kita sedang merasai akan keujudan Allah, kita sedang menikmati akan keujudan Allah, kita asyik dengan rasa kita sedang merasai keujudan Allah..

Panggillah, sebutlah, serulah nama Allah didalam batin anda, didalam perasaan anda sambil perasaan itu didalam keadaan merasai keujudan Allah ...

Asyik kita dengan perasaan kita sedang mengenal Allah itulah hanya Muhammad yang mengenal Allah..... ( barang siapa kenal diri (kenal Allah)...

Didalam keasyikkan kita sedang merasai keujudan Allah itu, kemukakanlah soalan kepada perasaan anda yang sedang anda rasa keujudan Allah itu, siapakah yang sedang merasai akan keujudan Allah sekarang ini?, ikut sahaja jawapan yang diberikan oleh perasaan yang sedang anda rasa sendiri itu ( apa sahaja jawapan yang anda terima )...

Jangan berhenti menyoal kepada perasaan anda yang sedang merasai keujudan Allah itu selagi jawapan Allah tidak anda terima daripadanya...

Semasa perasaan anda yang sedang rasa keujudan Allah itu menjawab Allah ( didalam keadaan Allah yang sedang merasai keujudan Allah )

Apabila anda sudah berjaya berada didalam keadaan Allah yang sedang merasai keujudan Allah ( Tiada hamba tiada tuhan hanya Ujud Esa semata-mata)..

Inilah apa yang dikatakan "ariftu robbi bi robbi" mengenal tuhan dengan tuhan"...

Dia yang Awal itu namanya Hu
Dia yang akhir itu namanya Allah
Dia yang batin itu namanya Muhammad
Dia yang zahir itu namanya Adam 

Perkara ini bukan perkara fikirkan, tetapi kita akan mengalami sendiri, bukan perkara untuk difikir-fikirkan lagi, kita yang akan mengalami sendiri, kita yang akan merasai sendiri,

Sebelum kita mengalami sendiri kita cuma tahu dari segi ilmu, apabila kita sudah mengalami sendiri, kita merasai sendiri, tiada satu kata-kata, tiada satu fikiran yang boleh mentafsirkan keadaan itu.

Nafi dan isbat pada tahap pengetahuan terbahagi kepada dua keadaan yang berbeza iaitu nafi ( iaitu mentiadakan ) dan isbat ( iaitu mengadakan )

"Tidak boleh membezakan diantara keduanya iaitu nafi dan isbat, barang siapa yang membezakan diantara keduanya maka ianya kafir"

Apabila sampai kepada praktikal, iaitu kita mengamalkan ilmu pengetahuan yang telah kita pelajari, hanya dengan mengadakan pengakuan yang perbuatan, nama, sifat dan zat Allah yang sedang diperkenalkan melalui badan diri kita masing-masing dan pada sekalian alam adalah perbuatan, nama, sifat dan zat Allah sendiri...

Dengan mengaku bahawa kepada apa yang sedang kita sedar dan rasa sekarang ini( semasa melakukan tafakur) samada perbuatan, nama, sifat atau zat yang tertera, yang ternyata, yang sedang dirasai pada badan diri kita sendiri adalah perbuatan, nama, sifat dan Ujud Allah sendiri..

Dengan mengadakan pengakuan yang perbuatan, nama, sifat dan wujud yang sedang dirasai pada badan diri sendiri itu adalah perbuatan, nama, sifat dan Ujud Allah sendiri, 

Bermaksud kita telah mengisbatkan zat, sifat, nama dan perbuatan Allah kepada Allah, dengan pengakuan ini juga secara automatik kita telah menafikan zat, sifat, nama dan perbuatan Allah kepada badan diri sendiri dan kepada selain dari Allah..

Jauh beza diantara ilmu pengetahuan dengan keadaan yang sebenar....

Untuk memahami apa yang diperkatakan hendaklah kita beramal, atau kita mesti melalui pengalaman beramal sendiri, bukan sekadar tahu dan bercakap sahaja...

Tanpa mengalami sendiri kita belum lagi dapat menikmati maksud dari ilmu yang telah kita pelajari.

Makam fana' dan makam baqo' sebenarnya bila disebut adalah dua keadaan yang berbeza tatapi apabila dialami adalah satu keadaan dimana hapusnya wujud diri dan selain dari Allah kepada Ujud Allah, maksudnya yang nyata Ujud hanya Allah sahaja..

Yang fana' itu tidak pernah ada pun, ( yang difana'kan hanyalah anggapan atau sangkaan kita selama ini kepada yang telah pun selamanya fana' tetapi diadakan oleh sangkaan keakuan sendiri atau hawa nafsu kita sendiri)..

Kesedaran yang telah dapat memasuki sehingga kepada Allah yang sedang merasai Ujudnya sendiri, inilah yang diistilahkan kepada baqo', setelah keadaan ini telah dapat dicapai automatik selain daripada Allah fana' dengan sendirinya iaitu kembali seperti asalnya iaitu tidak ada ( fana')

KeEsaan Allah taala bukanlah kita memahami dengan mengambil faham bahawa hamba itu tuhan dan tuhan itu hamba.

Hamba itu adalah hamba ( yang tidak pernah wujud ) walaupun sesaat, wujudnya hamba hanya pada panggilan nama sebagai hamba untuk menerangkan akan keUjudan Allah.

Panggilan nama hamba ini sebenarnya menunjukkan Allah sedang menerangkan, Allah sedang menunjukkan, Allah sedang memperkenalkan UjudNya kepada badan diri masing-masing dan kepada keseluruhan alam, menerangkan kepada kita bahawa hamba itu sebenarnya tidak ada dan binasa selama-lamanya.

Hamba itu hanyalah panggilan nama kepada sesuatu yang tidak ada yang membawa maksud kepada hamba itu tidak pernah ada yang ada itu hanya Allah..

Ada Allah yang dinyatakan melalui hamba itu adalah sebenarnya ada Allah sendiri yang sedia adanya sendiri, bukan kerana adanya Allah itu disebabkan kerana binasanya hamba... kerana hamba itu telahpun binasa selama-lamanya.

Adanya hamba hanyalah kepada nama panggilan ( hamba ) itu hanya untuk menunjukkan perbezaan diantara Ujud zat Allah semata-mata dengan Ujud Allah yang sedang ditajallikan, Ujud Allah yang sedang diperkenalkan.... (Disini menerangkan bahawa hamba itu hakikatnya tidak ada), yang ada selama-lamanya (khodim) adalah Allah...

Adanya hamba adalah hanya pada anggapan atau sangkaan hamba itu sendiri, hamba itu sendiri yang merasa atau menyangka dirinya ada dan diadakan oleh tuhan, (sepatutnya setiap hamba merasai hamba tidak pernah ada, kerana hamba itu adalah penampakkan ayat-ayat atau tanda-tanda ujud Allah yang sedang diperkenalkan...) maksudnya Allah sedang memperkenalkan dirinya sendiri kepada dirinya sendiri....

Apabila hamba itu berasa atau menyangka dirinya ada, inilah yang menjadi masaalah besar kerana dengan anggapan atau sangkaan ini Allah telah berfirman "Tidakkah kamu melihat mereka-mereka yang mengambil hawa nafsu mereka sebagai tuhan"
Maksud firman Allah ini tidakkah kita melihat kepada mereka-mereka yang telah menganggap Ujud Allah yang sedang diperkenalkan sebagai wujud diri mereka sendiri"

Apabila kita menganggap atau menyangka Ujud Allah itu sebagai wujud kita sendiri maka dari sinilah timbulnya punca masaalah yang dihadapi...

Akan timbul masaalah bertuhankan kepada diri yang telah dianggap atau disangka ada oleh diri kita sendiri (hawa nafsu - keakuan diri),

Dari sini akan timbulnya bagaimana nak kembali bertuhankan kepada Allah, maka lahirlah hukum nafi dan isbat, timbullah fana' dan baqo'.. yang perlu dinafikan dan perlu diisbatkan....

Sebenarnya fana' itu tidak perlu difana'kan kerana sejak dari awal lagi sudah fana', baqo' juga tidak perlu dibaqo'kan kerana ianya sememangnya sudah baqo' sejak dari azali lagi...

Oleh kerana hamba yang tidak pernah ada telah salah anggap atau salah berpegang atau salah berprasangka tentang Ujud Allah yang sedang diperkenalkan (hamba menganggap atau hamba telah berpegang sebagai wujud hamba sendiri disamping Ujud Allah), 

Untuk mengembalikan kesalah anggapan atau salah sangka  ini maka timbullah hukum nafi dan isbat dimana sihamba yang telah menganggap wujud dirinya disamping Ujud Allah itu wajib menafikan segala sifat yang wajib bagi Allah kepada ujud diri yang dianggap atau disangka ada oleh diri sendiri tadi dan mengisbatkan kembali segala sifat yang wajib kepada Allah itu hanya kepada Allah sendiri....

Dalam hal ini, penerangan melalui ilmu, bila disebut nafi kita wajib menolak sifat yang wajib bagi Allah kepada diri kita ( yang telah kita anggap atau disangka ada tadi), sedangkan isbat pula ialah meletakkan kembali atau mengembalikan sifat yang wajib bagi Allah hanya kepada Allah....

Melalui penerangan diatas, jika difaham secara terus, kita mesti melakukan dua perkara yang berbeza pertama nafi dan kedua isbat...

Tetapi didalam perlaksanaan kita hanya perlu melakukan satu perkara sahaja iaitu mengadakan pengakuan kepada diri (yang kita rasa ada tadi), bahawa segala sifat yang wajib bagi Allah yang ternyata pada diri yang disangka ada itu adalah sifat Allah sendiri......

Dengan pengakuan seperti ini sahaja telah terlaksana perbuatan mengisbatkan segala sifat yang wajib bagi Allah kepada Allah dan dengan sendirinya sifat yang wajib bagi Allah itu ternafi keatas diri yang dianggap atau disangka ada tadi...

Dengan mengadakan pengakuan yang sifat yang wajib bagi Allah yang tertera keatas diri yang disangka ada tadi adalah sifat Allah sendiri, secara automatik segala sifat yang wajib bagi Allah tadi ternafi kepada diri yang disangka sebagai diri sendiri..

Jika tidak mampu untuk terus membuat pengakuan maka cubalah berlatih sedikit demi sedikit dengan mengajukan soalan kepada diri yang disangka ada itu...  Rasakan keberadaan diri, didalam masa yang sama ajukan soalan kepada diri itu" SIAPAKAH YANG ADA, HIDUP, TAHU, BERKUASA, BERKEHENDAK., MELIHAT, MENDENGAR, BERKATA-KATA dll ???" Dan tentukan jawapannya "ALLAH"

Tujuan memberi soalan ialah untuk memperingatkan kepada diri, kita selalu lupa untuk mengaku yang Allah itu Allah, dengan soalan dan jawapan seperti diatas secara tidak langsung berlakulah pengakuan yang Ujud, sifat, asma' dan afa'al Allah itu adalah Ujud, sifat, asma' dan Afa'al Allah, yang selama ini dianggap dan disangka sebagai wujud, sifat, asma' dan afa'al diri sendiri..

Maafkan saya jika penerangan saya ini boleh membawa kepada kekeliruan....

Untuk tidak mengelirukan, lakukan dan rasa sendiri keadaan itu, jangan buat tafsiran ini melalui akal dan fikiran sendiri...

Terjunlah kelembah perjuangan ini sendiri, setelah dirasai sendiri itulah keadaan sebenarnya yang saya maksudkan...

Lagi sekali saya memohon maaf kepada semua, semuga hampir kepada faham juga.

7.Surah Al-'A`rāf (Verse 172)
وَإِذْ أَخَذَ رَبُّكَ مِن بَنِي آدَمَ مِن ظُهُورِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَأَشْهَدَهُمْ عَلَىٰ أَنفُسِهِمْ أَلَسْتُ بِرَبِّكُمْۖ قَالُوا بَلَىٰۛ شَهِدْنَاۛ أَن تَقُولُوا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّا كُنَّا عَنْ هَٰذَا غَافِلِينَ

Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini".

Didalam memahami firman Allah seperti ayat diatas kita perlu memahami akan maksud yang tersurat dan yang tersirat

1. Mengeluarkan anak-anak Adam dari tulang belakang mereka maksudnya didalam proses Allah ingin memperkenalkan diri dari perbendaharaannya yang tersembunyi (zatnya semata-mata), sampai kepada mertabat keempat didalam mertabat tujuh (iaitu pada alam bapa), Allah telah menyatakan dirinya didalam bentuk dan nama yang dipanggil sebagai anak Adam, lagi sekali Allah telah menerangkan kepada kita bahawa pada masa ini Allah telah pun memberi peringatan kepada anak adam itu (bahawa ada kamu itu bukanlah menunjukkan ada kamu sendiri tetapi sedarlah bahawa ada kamu itu sedang menerangkan adanya aku) didalam bentuk pertanyaan bukankah Aku ini tuhan kamu?

2. Maksud kepada soalan ini ialah fahamkah kamu bahawasanya segala sifat, nama dan perbuatan yang ternyata pada kamu itu bukan milik kamu sendiri tetapi sebenarnya segala sifat yang wajib bagi Allah yang ternyata pada kamu itu hanyalah milik AKU (Allah),

3. Maka zuriat anak Adam memahami akan keadaan ini dan mengaku akan kebenaran ini dengan jawapan bahkan engkaulah tuhan kami. Dengan membawa maksud bahawa segala sifat, nama dan perbuatan yang ternyata pada zuriat Anak Adam itu adalah milik Allah sendiri, Anak Adam ini tidak memiliki apa-apa hanya sekadar menyatakan wujudnya Allah yang dipanggil sebagai tuhan..

4. Keadaan ini berterusan sehinggalah setelah anak adam keluar dari rahim ibunya, (sebagai Insal Kamil), mereka masih lagi tidak rasa memiliki segala wujud, sifat, asma' dan afa'al Allah sebagai wujud, sifat, asma' dan afa'al sendiri sehinggalah mereka mula berakal...

Dalam perkara mengenal diri ini kita selalu menggunakan 3 ungkapan untuk menyelaraskan kefahaman mengikut tauhid yang sebenar iaitu 

1. "Awal ugama mengenal Allah" tidak dikatakan seseorang itu berugama sebelum ia berpegang dengan iman, islam, tauhid dan makrifat... Maksud seseorang yang berugama ialah mereka-mereka yang sentiasa berpegang teguh kepada 4 perkara seperti yang tersebut iaitu iman, islam, tauhid dan makrifat....

Sebelum dapat berpegang dengan ugama (iman, islam tauhid dan makrifat seperti yang dikehendaki oleh Allah dan rasulnya "sesungguhnya agama yang diterima Allah hanyalah Islam" iaitu orang-orang yang sentiasa berserah diri kepada Allah (muhlisin)...

Tidaklah akan sempurna ugama seseorang jika belum lagi mengenal Allah kerana ada ungkapan yang kita wajib memahami dengan sebenar faham iaitu "Awal ugama mengenal Allah" ungkapan ini memberi makna kepada kita sebelum kita dapat menyerahkan diri (Islam) kepada Allah, terlebih dahulu kita wajib mengenal Allah. Jika tidak mengenal Allah, bagaimana nak berserah diri secara total kepada Allah (muhlisin)..

2. Dalam hal mengenal diri, ada pula ungkapan yang kita wajib memahami dengan sebenar-benar faham iaitu "barang siapa mengenal dirinya, kenallah akan tuhanNya, barang siapa mengenal tuhannya, binasalah jasadnya"

3. Untuk kesempurnaan faham kepada mengenal tuhan kita tidak boleh tinggal kepada ungkapan "Ariftu robbi bi robbi" Aku kenal tuhanku dengan tuhan ku supaya fahaman kita tidak bercampur dengan syirik yang tersembunyi, supaya tidak terlahir didalam fahaman dan pegangan kita bahawa diri kita yang disangka ada itu yang mengenal Allah, kerana sebenarnya hanya Allah sahaja yang mengenal Allah.

Saya suka menghuraikan perkara ini kerana ketiga-tiga ungkapan diatas teramatlah perlu dan saling berhubung kait diantara satu sama lain...

Setelah dapat memahami dari segi ilmu yang sepatutnya difahami dengan sewajarnya dari bimbingan seseorang yang telah dapat menyelami segala makna ketiga-tiga ungkapan diatas melalui perjalanan kerohanian mereka...

Setiap seorang dari individu itu juga wajib menjalani perjalanan kerohanian mereka sendiri, setelah dapat menjalani perjalanan kerohanian dan dapat merasai sendiri seperti apa yang diperkatakan oleh ketiga tiga ungkapan itu secara terus tanpa ada lagi perbezaan diantara ucapan kita dengan pegangan kita..

Contoh kita kata "Laa ilaha illallah" Tiada Ada hanya Allah , kita juga betul-betul dapat merasai keadaan Tiada Nyata hanya Allah pada badan diri dan pada sekalian alam ini..

Tidaklah sesuatu kebenaran itu ternyata kebenarannya selagi badan diri kita belum lagi dapat merasai sendiri akan keadaan itu..

Kepada para sahabat semua, laluillah sendiri jalan yang lurus yang telah tersedia ada pada setiap badan diri kita sendiri dan rasailah sendiri, itu adalah sebaik-baiknya.

Selalulah ingat kepada firman Allah 

34.Surah Saba' (Verse 24)
قُلْ مَن يَرْزُقُكُم مِّنَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِۖ قُلِ اللَّهُۖ وَإِنَّا أَوْ إِيَّاكُمْ لَعَلَىٰ هُدًى أَوْ فِي ضَلَالٍ مُّبِينٍ

Bertanyalah (wahai Muhammad kepada orang-orang musyrik itu): "Siapakah yang memberi 
rezeki kepada kamu dari langit dan bumi?" 

Terangkanlah jawabnya: "Ialah Allah; 

dan sesungguhnya (tiap-tiap satu golongan), sama ada golongan kami ahli tauhid atau golongan kamu ahli syirik - (tidak sunyi daripada salah satu dari dua keadaan): keadaan tetapnya di atas hidayah petunjuk atau tenggelamnya dalam kesesatan yang jelas nyata".


13.Surah Ar-Ra`d (Verse 16)
قُلْ مَن رَّبُّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ قُلِ اللَّهُۚ قُلْ أَفَاتَّخَذْتُم مِّن دُونِهِ أَوْلِيَاءَ لَا يَمْلِكُونَ لِأَنفُسِهِمْ نَفْعًا وَلَا ضَرًّاۚ قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الْأَعْمَىٰ وَالْبَصِيرُ أَمْ هَلْ تَسْتَوِي الظُّلُمَاتُ وَالنُّورُۗ أَمْ جَعَلُوا لِلَّهِ شُرَكَاءَ خَلَقُوا كَخَلْقِهِ فَتَشَابَهَ الْخَلْقُ عَلَيْهِمْۚ قُلِ اللَّهُ خَالِقُ كُلِّ شَيْءٍ وَهُوَ الْوَاحِدُ الْقَهَّارُ

Bertanyalah (wahai Muhammad): "Siapakah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan langit dan bumi?" 

Jawablah: "Allah". 

Bertanyalah lagi: "Kalau demikian, 
patutkah kamu menjadikan benda-benda yang lain dari Allah sebagai Pelindung dan Penolong, yang tidak dapat mendatangkan sebarang manfaat bagi dirinya sendiri, dan tidak dapat menolak sesuatu bahaya?" 

Bertanyalah lagi: "Adakah sama, orang yang buta dengan orang yang celik? 

Atau adakah sama, gelap-gelita dengan terang? 

Atau adakah makhluk-makhluk yang mereka jadikan sekutu bagi Allah itu telah mencipta sesuatu seperti ciptaanNya, sehingga ciptaan-ciptaan itu menjadi kesamaran kepada mereka?" 

Katakanlah: "Allah jualah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dia lah Yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa".

39.Surah Az-Zumar (Verse 62)
اللَّهُ خَالِقُ كُلِّ شَيْءٍۖ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ وَكِيلٌ

Allah Yang Menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dia lah Yang Mentadbirkan serta menguasai segala-galanya.

Kembalilah kepada Allah dengan selalu mengajukan soalan kepada diri yang dirasakan Ada "SIAPAKAH YANG (apa yang sedang disedari sekarang ini, contoh Ada, Hidup, bercakap dll) ???" Dan tentukan jawapannya "ALLAH"

Praktiklah sehingga sampai dapat merasakan Allah sedang mencipta dan Allah sedang menjadikan dan mentadbir dan menguasai segala sesuatu...

Amalkanlah seperti yang diperkatakan mudah-mudahan diberi hidayah oleh Allah supa terhindar dari seperti apa yang difirmankan oleh Allah 

21.Surah Al-'Anbyā' (Verse 29)
وَمَن يَقُلْ مِنْهُمْ إِنِّي إِلَٰهٌ مِّن دُونِهِ فَذَٰلِكَ نَجْزِيهِ جَهَنَّمَۚ كَذَٰلِكَ نَجْزِي الظَّالِمِينَ

Dan (jika ada) sesiapa di antara mereka berkata: "Sesungguhnya aku ialah tuhan selain dari Allah", maka yang berkata sedemikian itu, Kami akan membalasnya dengan (azab) neraka jahannam; demikianlah Kami membalas golongan yang zalim.

Dan dapat memahami akan firman Allah seperti dibawah dengan sebenar-benar faham yang akan diberikan oleh Allah sendiri 

20.Surah Ţāhā (Verse 14)
إِنَّنِي أَنَا اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنَا فَاعْبُدْنِي وَأَقِمِ الصَّلَاةَ لِذِكْرِي

"Sesungguhnya Akulah Allah; tiada tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku, dan dirikanlah solat untuk mengingati Daku.