Sunday 12 January 2014

tAUHID

Untuk mengamalkan Tauhid kepada Allah hendaklah kita semua tidak menggunakan fikiran yang mendatang , fikiran yang mendatang itu adalah hijab yang akan menghijab daripada sampai kepada Allah..

Hendaklah kita semua penuh keyakinan dan terus mengaku segala firman Allah, hadis Nabi saw dan juga ilmu tauhid yang dipelajari...

Firman Allah :-
57.Surah Al-Ĥadīd (Verse 3)
هُوَ الْأَوَّلُ وَالْآخِرُ وَالظَّاهِرُ وَالْبَاطِنُۖ وَهُوَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ

Dia lah Yang Awal dan Yang Akhir; dan Yang Zahir serta Yang Batin; dan Dia lah Yang Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

15.Surah Al-Ĥijr (Verse 29)
فَإِذَا سَوَّيْتُهُ وَنَفَخْتُ فِيهِ مِن رُّوحِي فَقَعُوا لَهُ سَاجِدِينَ

"Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padanya roh dari ku, maka hendaklah kamu sujud kepadanya.

17.Surah Al-'Isrā' (Verse 85)
وَيَسْأَلُونَكَ عَنِ الرُّوحِۖ قُلِ الرُّوحُ مِنْ أَمْرِ رَبِّي وَمَا أُوتِيتُم مِّنَ الْعِلْمِ إِلَّا قَلِيلًا

Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: "Roh itu dari perkara urusan Tuhanku; dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja".

Nabi Besar Muhammad saw bersabda, "Wahai pencari rahsia! Mahukah kamu melihat orang mati yang hidup, berjalan dibumi seperti orang hidup tetapi jiwanya berada dilangit, kerana beliau telah diubahpindah sebelum mati dan tidak lagi diubahpindah setelah mati. Rahsia ini berada di luar sempadan fikiran, hanya diketahui melalui mati. Barang siapa hendak melihat orang yang mati berjalan di muka bumi, lihatlah Abu Bakar, seorang yang 'alim dan 'abid kerana beliau menjadi saksi yang benar terhadap Allah swt. Menjadi putera orang-orang yang di hidupkan semula."

Berkata Ali RA..Rasulullah bersabda...Allah berfirman...............;Sesungguh AKU lah ALLAH ,, Tiada Tuhan selain AKU...Barangsiapa BERTAUHID kepadaKu niscaya masuklah ia kedalam benteng Ku,,,Dan barangsiapa yang masuk bentengKu..niscaya terselamatlah dia dari SiksaKu...(H R . Syirazi)

laa ilaaha illallaahu hisnii, faman qoolahaa dakhola hisnii, waman dakhola hisnii aamina 'adzaabii.

Nabi shalallahu ‘alaihi wasallam bersabda: [ أَسْعَدُ النَّاسِ بِشَفَاعَتِي مَنْ قَالَ لاَإِلَهَ إِلاَّ اللهُ خَالِصاً مِنْ قَلْبِهِ أَوْ نَفْسِهِِ ]رواه البخاري ” Manusia yang paling berbahagia dengan syafaatku kelak adalah orang yang mengucapkan La ilaaha illallah dengan penuh ikhlas dari relung hatinya atau dirinya (HR Bukhari).

Mencintai Kalimah Thayibah (Kalimat Tauhid) ini, tuntutan dan mencintai orang-orang yang mengucapkannya, mengamalkan dan konsisten dengan syarat-syaratnya, serta benci terhadap hal-hal yang membatalkannya. 
Allah Ta’ala berfirman : }وَمِنَ النَّاسِ مَن يَتَّخِذُ مِن دُونِ اللّهِ أَندَاداً يُحِبُّونَهُمْ كَحُبِّ اللّهِ وَالَّذِينَ آمَنُواْ أَشَدُّ حُبًّا لِّلّهِ وَلَوْ يَرَى الَّذِينَ ظَلَمُواْ إِذْ يَرَوْنَ الْعَذَابَ أَنَّ الْقُوَّةَ لِلّهِ جَمِيعاً وَأَنَّ اللّهَ شَدِيدُ الْعَذَابِ{ سورة البقرة 
“ Diantara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Dan jika seandainya orang-orang yang dhalim itu mengetahui ketika mereka melihat siksa (pada hari kiamat) bahwa kekuatan itu kepunyaan Allah semuanya dan bahwa Allah sangat berat siksa-Nya( niscaya mereka tidaklah melakukannya) “. Al-Baqarah 165

[ مَنْ قَالَ لاَإِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَكَفَرَ بِمَا يُعْبَدُ مِنْ دُوْنِ اللهِ حَرَّمَ عَلَيْهِ مَالُهُ وَدَمُهُ ] Nabi shalallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Barangsiapa mengatakan tidak ada Ilah yang berhak disembah selain Allah dan kufur terhadap segala yang diibadahi selain Allah diharamkan harta dan darahnya” (HR Muslim)

Mengingkari thaghut yaitu segala sesuatu yang diibadahi selain Allah dan beriman kepada Allah sebagai Rabb dan sesembahan yang hak. 
Allah Ta’ala berfirman: }لاَ إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ قَد تَّبَيَّنَ الرُّشْدُ مِنَ الْغَيِّ فَمَنْ يَكْفُرْ بِالطَّاغُوتِ وَيُؤْمِن بِاللّهِ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَىَ لاَ انفِصَامَ لَهَا وَاللّهُ سَمِيعٌ عَلِيم{ (256) سورة البقرة “ Tidak ada paksaan dalam agama. sesungguhnya Telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat . Maka barang siapa yang kufur terhadap taghut dan beriman kepada Allah ia telah berpegang teguh dengan buhul tali kuat yang tidak akan putus. Allah Maha mendengar dan Maha mengetahui “. (Al Baqarah:256)

Sabda beliau shalallahu ‘alaihi wasallam: [ إنَّ اللهََ حَرَّمَ على النارِ مَنْ قَالَ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ يَبْتَغِي بِذَلِكَ وَجْهَ اللهَ عَزَّ وَجَلَّ] رواه مسم “Sesungguhnya Allah mengharamkan atas neraka orang yang mengucapkan La illaaha illallah yang dengan kalimat itu semata-mata ia mengharapkan wajah Allah Azza wa Jalla” (HR Muslim)

Nabi shalallahu ‘alaihi wasallam bersabda: [ أَسْعَدُ النَّاسِ بِشَفَاعَتِي مَنْ قَالَ لاَإِلَهَ إِلاَّ اللهُ خَالِصاً مِنْ قَلْبِهِ أَوْ نَفْسِهِِ ]رواه البخاري ” Manusia yang paling berbahagia dengan syafaatku kelak adalah orang yang mengucapkan La ilaaha illallah dengan penuh ikhlas dari relung hatinya atau dirinya (HR Bukhari).

Aku diperintahkan untuk memerangi manusia sehingga mereka mengucapkan La ilaaha illallah. Barangsiapa mengucapkan Laa ilaaha illallah maka terlindungi harta dan jiwanya dariku kecuali menurut hak Islam dan perhitungannya disisi Allah Azza wa Jalla (Muttafaq Alaihi)

Laa ilaha illallah -Tiada nyata atau ada hanya Allah... Maksudnya selain daripada Allah tidak ada...

Segala keterangan telah diketahui, cuba sama-sama kita menyoal diri sendiri adakah kita pernah mengakui segala keterangan dan pengetahuan seperti diatas.....?

Kita semua sudah mengetahui, sudah yakin, tidak lagi berbelah bagi didalam ilmu pengetahuan.

Tetapi pernahkah sekali kita mengadakan pengakuan yang awal yang akhir yang zahir dan yang batin yang sedang dirasai dan dirasai itu adalah Allah seperti yang difirmankan?

Sebelum mengadakan pengakuan (mengaku) seperti yang difirmankan Allah, pelbagai pemikiran akan datang mengganggu, 

Jangan dilayan segala fikiran yang mendatang, mengaku sahaja seperti yang difirmankan Allah itu, tanpa perli menyoal lagi...

Selagi kita belum mengaku yang segala sifat yang wajib bagi Allah dan sifat ketuhanan itu milik Allah, selagi itulah akan lahir didalam rasa dan perasaan kita bahawa kitalah yang memiliki segala sifat yang wajib bagi Allah, Roh kitalah yang memiliki sifat ketuhanan (Ada, hidup, tahu, kuasa, berkehendak, melihat, mendengar, berkata-kata dan lain-lain)

Kita kata dan berpegang roh itu roh kita tetapi Allah firmankan bahawa roh itu roh nya, dan juga roh itu urusannya.

15.Surah Al-Ĥijr (Verse 29)
فَإِذَا سَوَّيْتُهُ وَنَفَخْتُ فِيهِ مِن رُّوحِي فَقَعُوا لَهُ سَاجِدِينَ

"Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padanya roh dari ku, maka hendaklah kamu sujud kepadanya.

17.Surah Al-'Isrā' (Verse 85)
وَيَسْأَلُونَكَ عَنِ الرُّوحِۖ قُلِ الرُّوحُ مِنْ أَمْرِ رَبِّي وَمَا أُوتِيتُم مِّنَ الْعِلْمِ إِلَّا قَلِيلًا

Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: "Roh itu dari perkara urusan Tuhanku; dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja".

Masih tidak yakin lagikah kita kepada firman Allah, jika sudah yakin kenapa masih tidakahu mengaku akan kebenaran firman Allah...

Kenapaasih nak mengatakan roh kita lagi, cantas segala fikiran yang mendatang, jangan banyak berfikir lagi, mengaku saja.

Bila datang fikiran cantas fikiran itu dengan mengaku yang mendatangkan fikiran itu juga adalah Allah seperti firman Allah didalam

39.Surah Az-Zumar (Verse 62)
اللَّهُ خَالِقُ كُلِّ شَيْءٍۖ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ وَكِيلٌ

Allah Yang Menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dia lah Yang Mentadbirkan serta menguasai segala-galanya.

Lagi firman Allah 37.Surah Aş-Şāffāt (Verse 96)
وَاللَّهُ خَلَقَكُمْ وَمَا تَعْمَلُونَ

"Padahal Allah yang mencipta kamu dan benda-benda yang kamu buat itu!"

Jika Allah sudah firman sedemikian rupa, apa lagi yang hendak difikirkan lagi. Tunggu apa lagi mengakulah segala sifat yang wajib bagi Allah yang ternyata pada keseluruhan Alam dan pada insan itu adalah sifat Allah...

Jangan dibiarkan fikiran kota menghijab kita dari memandang dan mengaku yang Allah itu Allah...

Seperkara lagi tentang rasa ketiadaan kita, kebanyakkan kita selalu berkata dan faham bahawa yang Ada hanya Allah, selain dari kita tidak ada.

Persoalannya adalah kita boleh merasai letiadaan kota dan ketiadaan selain dari Allah...

Adakah satu benda atau perkara yang tidak ada?

Sesuatu yang tidak ada itu hakikatnya memang tidak ada.. Bila tidak ada bagaimana nak merasai yang tidak ada..?

Sebenarnya kita tidak pernah boleh merasakan keadaan tidak ada itu. Tidak ada itu hanya ada pasa sebutan sahaja untuk menunjukkan kepada lawan sifat yang wajib bagi Allah. Tidak ada itu adalah satu keadaan yang tidak pernah ada dan keadaan tidak ada itu tidak pernah dapat dirasakan..

Perkataan tidak ada itu hanya ada pada sebutan sahaja tetapi tidak ada pada hakikat dan didalam bentuk kenyataan..

Sebenarnya tidak ada satu keadaan yang dapat dirasakan keberadaan tidak ada itu...

Kita sentiasa dan tetap merasakan keadaan ada, kita sentiasa merasai ada, sebelum mengaku sifat ada yang terasa oleh kita itu sebagai sifat ada Allah, kita merasai sifat ada itu sebagai ada kita, kita telah menyangka ada yang sedang Allah nyatakan sebagai AdaNya, itu sebagai ada kita..

Kita salah sangka yang ada Allah yang sedang dinyatakan sebagai AdaNya Allah, sebagai ada diri kita sendiri..

Dengan kata lain kita merasai (menyangka), yang Ada yang terzahir yang dinyatakan oleh Allah sebagai pengenalan kepada Adanya Allah, telah dirasai dan diakui sebagai Ada kita sendiri.

Dengan merasa dan meniati Ada yang dirasai itu diAkui sebagai Ada diri kita dan ada selain dari Allah... Jadi kita merasai diri kita ada sedangkan keadaan sebenarnya ialah Allah telah menyatakan dan memperkenalkan sifat AdaNya Allah...

Sejak dari masa dan saat ini, hendaklah kita mengakui ada yang sedang dirasai itu sebenarnya adalah Ada Allah yang sedang diNyatakan sebagai pengemalan.

Setelah ada yang sedang dirasai itu telah diakui dan dirasai sebagai Ada Allah, (tidak timbul lagi didalam rasa dan perasaan yang kita ini ada)

Tidak timbul lagi rasa ada kita, itulah sebenarnya tang dipanhgol dam disebut dengan keadaan tidak ada, 

Kita sedang merasai Ada Allah itulah yang disebut sebagai ketiadaam kita dam selain dari Allah..

Maksudnya tidak lagi timbul rasa ada kita, itulah yang selalu yang kita katakan tidak ada kita..

Sedang merasakan ada Allah (keadaan itulah yang disebut sebagai ketiadaan kita)..

Kita tidak pernah boleh merasakan ketiadaan kita, maksudnya tidak ada kita itu hanya ada pada sebutan sahaja kerana Ada yang sedang dirasai itu adalah Ada Allah, yang sedang merasai ada Allah juga Allah sendiri...

Laa ilaha illallah - Tiada yang Ada, hanya Allah sahaja yang Ada, selain dari Allah tidak ada..

Maksudnya ada yang sedang dirasai mesti diakui sebagai Ada Allah.. 

Apabila ada yang sedang dirasai itu telah diakui sebagai ada Allah, san tetap melatih melakukan pengakuan dan telah tetap dengan merasa Ada yang sedang dirasai adalah Ada Allah ( kita tidak lagi merasai ada yang sedang dirasai itu sebagai ada kita, keadaan inilah yang dikatakan ketiadaan kita)

Mengaku sahaja sifat Ada yang sedang dirasa sekarang ini sebagai ada Allah tanpa banyak soalan, tanpa perlu bertanya, tanpa disertakan dengan kepelbagaian fikiran...

Fikiran yang mendatang itu sebenarnya asalah hijab yang menghijab kita dari mengaku yang Allah itu Allah, fikiran akan mendoring kita supaya tetap mengaku Ada Allah yang sedang diperkenalkan itu sebagai ada kita.. Inilah yang dipanhgil sebagai hawa nafsu...

Dengan kara lain hawa nafsu ialah kita mengaku Ada Allah yang sedang diperkenalkan, Ada Allah yang sedang ditajallikan sebagai ada kita sendiri. Apabila kita mengaku atau kita sedang merasakan Ada yang Allah sedang tunjukkan sebagai AdaNya, adalah sebagai ada kita, bermskna kita sedang menjadikan ada yang disangka ada kita itu sebagai tuhan selain Allah..

Kita sedang melaksanakan firman Allah 21.Surah Al-'Anbyā' (Verse 29)
وَمَن يَقُلْ مِنْهُمْ إِنِّي إِلَٰهٌ مِّن دُونِهِ فَذَٰلِكَ نَجْزِيهِ جَهَنَّمَۚ كَذَٰلِكَ نَجْزِي الظَّالِمِينَ

Dan (jika ada) sesiapa di antara mereka berkata: "Sesungguhnya aku ialah tuhan selain dari Allah", maka yang berkata sedemikian itu, Kami akan membalasnya dengan (azab) neraka jahannam; demikianlah Kami membalas golongan yang zalim.

Walaupun kita tidak melafaskan melalui mulut dan lintasan didalam hati tetapi kita sedang merasakan ada kita secara tidak langsung kita sedang mengakui "Aku diri kita itu sebagai tuhan selain dari Allah" 

Ini adalah kerana sifat Ada adalah sebenarnya milik Allah sahaja. Allah tunjukkan sifat AdaNya itu sebagai pengenalan untuk memperkenalkan adanya. Tetapi kita telah salah menyangka pengenalan sifat Ada Allah itu sebagai ada kita...

Kita wajib mengaku yang Ada Allah yang sedang dirasai itu, sifat Ada Allah yang sedang diperkenalkan itu, sifat Ada Allah yang diberi rasa itu adalah sifat Ada Allah tanpa perlu disertakan dengan fikiran lagi... 

Sifat Ada Allah itu bukan lain dari Allah...

Insan rahsia Aku, Aku rahsia insan. Rahsia itu sifat Aku, sifat Aku bukan lain daripada Aku